Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKOLUM | Dakwaan 'kecurangan' dalam Pilpres Indonesia

    KOLUM | Dakwaan ‘kecurangan’ dalam Pilpres Indonesia

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    KOLUM | Dalam bahasa Melayu Malaysia, perkataan curang dan kecurangan umumnya merujuk kepada seseorang suami atau isteri yang melakukan hubungan sulit dengan orang lain. Tetapi dalam Bahasa Indonesia, perkataan itu turut digunakan untuk merujuk kepada penipuan, pengkhianatan dalam pengiraan undi pilihan raya.

    Oleh itu, pihak-pihak yang kalah dalam pilihan raya presiden (pilpres) Indonesia pada 14 Februari lalu iaitu daripada kalangan pendukung Anies Baswedan dan Ganjar Pranowo menyatakan telah berlaku “kecurangan” di banyak tempat, dan menyerukan supaya disiasat dan menggantung keputusan.

    Sementara itu, Prabowo Subianto dan para pendukungnya telah pun menyambut kemenangan. Malah ada pemimpin-pemimpin dunia menghantar ucapan tahniah kepada bakal presiden Indonesia itu.

    Walau bagaimanapun, pengumuman rasmi oleh Komisi Pemilihan Umum (KPU) hanya akan dibuat pada Mac. Sebab itu, pengumuman dan keraian kemenangan Prabowo dibantah oleh pihak-pihak Anies dan Ganjar.

    Dalam kiraan cepat (quick count), pasangan calon Prabowo dan Gibran Rakabuming telah memperoleh lebih 50 peratus undi. Manakala Anies dan Muhaimin Iskandar hanya mendapat 20 peratus, dan Ganjar bersama Mahfud MD mendapat 10 peratus lebih. Kejayaan Prabowo membolehkan beliau menjadi presiden tanpa perlu mengadakan putaran kedua.

    Setelah pengumuman rasmi oleh KPU dan disahkan oleh Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR), Prabowo akan diangkat sebagai presiden pada bulan Oktober untuk menggantikan Joko Widodo.

    Walau bagaimanapun, pihak Prabowo sepatutnya tidak mengumumkan kemenangan dan keraian sebelum KPU membuat pengumuman rasmi. Ini penting kerana pelbagai pihak daripada jentera pemerintah, institusi negara hingga kepada dunia korporat akan menyusun langkah untuk menyokong Prabowo sedangkan keputusan rasmi belum diumumkan.

    Maka, sikap Prabowo seolah-olah mendahului KPU dan ia tidak sesuai bagi institusi negara yang perlu kekal neutral dalam pengundian presiden.

    ALSO READ:  Kes rasuah pemimpin Bersatu - Pendakwaan panggil 47 saksi

    Menunggu real count

    Adalah lumrah bagi pihak yang kalah untuk menuduh berlakunya “kecurangan” dalam pilihan raya. Terdapat rasa penafian atau “sense of denial” bahawa mereka kalah, terutamanya jika mereka rasa telah berusaha sungguh-sungguh dengan sokongan yang besar. Petanda sokongan tersebut termasuklah kehadiran ramai dalam perhimpunan, serta sokongan orang awam terhadap gagasan-gagasan politik mereka.

    Dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat, Donald Trump juga tidak dapat menerima kekalahan sehingga para pengikutnya menyerbu Kongres. Hal tersebut berlaku di negara maju dengan institusi demokrasi yang kuat. Sementara itu, institusi demokrasi di Indonesia masih belum benar-benar kukuh.

    Kemenangan Prabowo berdasarkan kiraan cepat dan pengumuman rasmi nanti akan bergantung kepada real count. Walaupun selalunya real count selari dengan quick count, tetapi kadangkala ia boleh berbeza sehingga calon yang pada mulanya menang diumumkan kalah secara rasmi kemudian.

    Calon naib presiden yang menjadi pasangan kepada Ganjar iaitu Mahfud MD menyatakan bahawa beliau akur, tetapi mendakwa bahawa “kecurangan” yang berlaku adalah “sistematik, berstruktur dan masif”.

    Menurut Mahfud, bukti-bukti sedang dikumpulkan dan pihaknya akan menuntut KPU untuk bertindak. Beliau juga memahami bahawa akan terdapat kesilapan tidak disengajakan kerana bilangan pengundi yang ramai. KPU telah mengakui terdapat kesilapan pengiraan tetapi ia tidak bersifat “sistematik, berstruktur dan masif” seperti yang didakwa oleh Mahfud.

    Pada masa yang sama, mahasiswa di beberapa kampus bandar besar telah mula membuat tuntutan untuk menangani “kecurangan” dalam pilpres. Presiden Jokowi menasihatkan semua pihak yang mempunyai bukti untuk melaporkan kepada Bawaslu dan kemudiannya dibawa ke Mahkamah Konstitusi.

    Saya membuat pemerhatian ini berdasarkan laporan-laporan media arus perdana seperti Tempo, Kompas dan stesen-stesen televisyen. Walaupun begitu, wartawan yang berada di sana pasti lebih dapat merasai situasi sebenar dengan wawancara dan penyaksian sendiri. Saya juga mengambil kira pendapat dua orang sahabat saya yang merupakan wartawan veteran dan menulis kolum di sana.

    ALSO READ:  Peguam: Pembebasan Muhyiddin cetus persoalan bidang kuasa mahkamah

    Media sosial juga memainkan perananan penting dalam membolehkan seseorang untuk mengikuti perkembangan dengan lebih mendalam berbanding sebelum ini.

    Projek-projek Jokowi

    Beberapa pemerhati politik sejak setahun lalu telah menyebut tentang rekayasa politik oleh pemerintah. Walaupun Jokowi tidak mengakui hal tersebut, rekayasa beliau terus berjalan dengan lancar.

    Antara pemerhati tersebut ialah Rocky Gerung, seorang ahli falsafah di universiti yang memihak kepada Anies. Rocky mendakwa bahawa rejim Jokowi terlibat dalam kempen menguntungkan pasangan calon Prabowo-Gibran.

    Rocky juga meramalkan Anies tidak akan dapat undi lebih 20 peratus. Menurutnya, pilihan raya presiden ini sudah rosak dengan penunjuk peraturan yang dilanggar oleh Mahkamah Konstitusi.

    Perkara ini menimbulkan kontroversi dan spekulasi mengenai kemenangan Prabowo-Gibran serta hala tuju Indonesia akan dibawa. Masa akan menentukan sama ada kemenangan itu hanya akan menguntungkan golongan elit serta “dinasti” Jokowi dan Prabowo.


    ZIN MAHMUD adalah wartawan veteran dengan pengalaman lebih tiga dekad.

    Artikel ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts