Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKOLUM | Ustaz yang cari makan

    KOLUM | Ustaz yang cari makan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    “KOLUM | Wak Nuri! Sudah-sudahlah bercakap tu! Dengar sini!” kata Ustaz Bob. Dia menegur jemaah yang rancak berbual semasa dia memberikan kuliah. Memang begitu gaya Ustaz Bob. Dia akan segera menegur jika kuliahnya diganggu.

    Hasil didikan para sheikh di al-Azhar dulu gamaknya.

    Menurut Ustaz Bob, sheikh-sheikh di semua masjid tempat dia menimba ilmu dulu memang tegas dalam menyampaikan ilmu. Para pelajar pula akan menikus apabila berhadapan dengan ulama yang menyebarkan ilmu.

    “Melintas di depan kerusi sheikh semasa sheikh tak ada pun aku akan jalan perlahan-lahan,” katanya menceritakan perasaan hormat mereka kepada para alim berkenaan.

    Kalau dilihat di luar ruang kuliah, Ustaz Bob adalah sangat blues. Dengan jeans, kemeja T dan kopiah Uzbekistannya, tiada siapa yang tahu yang Ustaz Bob seorang yang sangat alim.

    Di luar ruang kuliah juga, dia seorang yang sangat santai apabila diajak berbual. Namun sebaik duduk di kerusi ilmu, segalanya tentang Ustaz Bob akan berubah.

    Ustaz Bob akan segera serius dan bersungguh-sungguh memberi penerangan sehingga dia yakin jemaah faham apa yang disampaikannya.

    “Majlis ilmu sepatutnya menakutkan,” kata dia, “bukan untuk dipenuhi dengan gelak ketawa. Seharian dah kita dengan hiburan, kalau dalam masa kuliah yang sekejap ini pun kita sibuk dengan lawak jenaka, malukah kita kepada tuhan!”

    “Storyteller ni dah wujud 150 tahun selepas kewafatan nabi. Dia cari makan lagu tu,” kata Ustaz Bob mengenai penceramah yang lebih giat menjual dongeng berbanding menyampaikan ilmu agama.

    Seharian sibuk cari makan

    Ustaz Bob sangat tidak bersetuju dengan agamawan yang cenderung menjaja kisah-kisah popular dan pelik demi untuk menarik pendengar.

    Dia mengatakan bahawa jika majlis-majlis agama pun dicemari dengan hilai tawa, dengan cerita-cerita mistik, kisah yang entah benar atau tidak, dan langsung tidak mendidik selain sekadar halwa telinga, maka bersedialah kita semua untuk hidup dalam kalangan orang yang masuk hanya angin, dan keluar cuma asap.

    ALSO READ:  DAP gesa semua pihak bertenang isu pengurangan hukuman Najib

    “Orang dengar sedap, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Iman tak bertambah, ilmu juga tidak bertambah,” kata Ustaz Bob.

    Ustaz Bob juga mencadangkan supaya kita mengkhaskan masa antara Maghrib dan Isyak untuk duduk di masjid atau surau, sama ada untuk mendengar kuliah atau tidak.

    “Kalau ada kuliah, dengar. Kalau tak ada, duduklah sambil baca Quran. Kalau malas, duduk ‘ssajer’ dan fikir mati esok nak bawa apa,” kata dia lagi.

    “Masa di antara Maghrib dan Isyak adalah masa yang teramat penting,” sambung Ustaz Bob, “kita mesti menyediakan masa untuk bersendirian dengan tuhan. Kalau gagal walau untuk duduk sekejap di antara Maghrib dan Isyak setiap hari maka masa mana lagi yang ada untuk kita luangkan untuk menghubungkan diri kita dengan tuhan?

    “Seharian kita sibuk dengan cari makan dan cari hiburan, kemudian kita lupa pula untuk memberikan makan dan hiburan kepada roh kita. Kesian sungguh kita ini.”

    Untuk berlaku adil, Ustaz Bob sendiri menceritakan betapa dia sendiri setelah tiga kali dihentam strok baru mahu rajin mengajar ke masjid dan surau. Sebelum itu dia pun sibuk dengan perniagaan.

    “Lepas kena strok kali ketiga baru aku sedar yang aku kena mengajar,” cerita Ustaz Bob.

    Dua strok pertama adalah serangan ringan. Strok kali ketiga telah mengambil sedikit penglihatan Ustaz Bob. Dia kini memerlukan pembantu untuk membacakan kitab-kitab semasa pembelajaran. Setelah dibaca oleh orang lain barulah dia memberikan huraiannya.

    Sebaik tamat belajar, Ustaz Bob dilamar oleh ‘orang besar’ untuk menjadi tenaga pengajar peribadi. Justeru untuk sekian lama dia duduk melakukan tugas tersebut.

    Kenakan bayaran tinggi

    Setelah merasakan bahawa dia sudah memberikan apa yang patut, Ustaz Bob pun berhenti dan memulakan perniagaan.

    ALSO READ:  Tiga beranak cemas kereta dipijak kawanan gajah di jalan Gerik-Jeli

    “Aku hantar balik kereta Perdana yang dia bagi dan start buat bisnes,” kata dia. Perniagaan tersebut masih berjalan sehingga hari ini. Hubungan dia dan ‘orang besar’ tersebut juga kekal baik hingga sekarang.

    Semasa Ustaz Bob dilanda strok yang menghadang penglihatannya itu, ‘orang besar’ tersebut menjelaskan bil hospital yang agak besar jumlahnya.

    “Dia ingat member dia,” kata Ustaz Bob.

    Dia juga agak sedih apabila bercakap mengenai agamawan yang mengenakan bayaran tinggi hanya untuk menghiburkan pendengar dan secara langsung atau tidak langsung, menjadi popular.

    “Said Ramadhan al-Buti kata, payah untuk mencapai ikhlas jika kita mengajar dan mengenakan bayaran,” kata Ustaz Bob.

    Kuliah Ustaz Bob adalah berskala kecil dan dihadiri oleh sangat sedikit pendengar. Namun ilmu yang disampaikannya adalah sangat besar. Kami yang mengenali Ustaz Bob sejak zaman kanak-kanak ini agak terperananjat apabila duduk mendengar.

    Boleh jadi kerana kebodohan maka kami jadi teruja dengan apa yang disampaikan Ustaz Bob.

    Sebagai makluman, Ustaz Bob bukanlah pengajar ilmu pelik-pelik seperti mengenal diri, makrifat tinggi dan sebagai. Sebaliknya Ustaz Bob mengajar apa yang biasa dan seharusnya diajar kepada si jahil seperti kami.

    “Siapa paling kenal diri?” tanya Ustaz Bob. “Nabilah!” jawab Ustaz Bob tanpa perlu menunggu jawapan daripada anak kuliah.

    “Nabi tahu dia hamba. Jadi kalau nak kenal diri kena ikut nabi! Ini tidak, awak malas sembahyang lalu awak kata belum kenal diri.”

    Setiap hari Ustaz Bob mengajar di Surau Kampung SC Kuantan. Dia juga memberikan kuliah sebelum Jumaat setiap minggu di Masjid Kampung Kurnia, Kuantan.

    Jika kamu mahu mendengar kuliah yang baik, hadirlah tempat-tempat itu. Datanglah sebelum dia menjadi sangat popular dan mula mengenakan bayaran tinggi kerana setakat hari ini kita akan dapati bahawa dia sedang ikhlas menyampaikan ilmu.

    ALSO READ:  UK Teen with AMS Safely Rescued from Mt Kinabalu

    ABDULLAHJONES ialah pelukis, penulis dan pengembara yang berjiwa rahmah.

    Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts