Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKOLUM | Wajarkah sekat peruntukan pembangkang?

    KOLUM | Wajarkah sekat peruntukan pembangkang?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Perkataan “Reformati” yang sangat dibenci oleh para penggiat reformasi hanya perlu dipasangkan “on” di akhirnya, barulah perkataan ini kembali ke maksud asalnya. Perkataan Reformasi yang diambil dari perkataan Indonesia itu berasal dari perkataan Inggeris dan Eropah. Perkataan asal pada istilah ini, ialah reformation. Reformasi tanpa mengambil kira terma reformation, hanyalah suatu hal yang sia-sia.

    Jeritan reformasi, baik di Indonesia mahupun selepas itu di Malaysia, bermaksudkan untuk perubahan sistem. Soalnya sekarang, adakah para penjerit reformasi berdekad-dekad selama ini telah bersetuju bahawa reformasi sudah selesai bila Anwar Ibrahim menjadi perdana Menteri?

    Pada suatu hari, Anwar dengan angkuh mengatakan, “kalau tak runding, tunggulah sampai bilapun, saya tidak luluskan.” Para penyokong Anwar dan rejim Madani boleh berkata apa sahaja. Tetapi ayat yang diucapkan Anwar dalam perbahasan di Parlimen baru-baru ini menunjukkan bahawa peruntukan itu ada. Peruntukan itu bukan sahaja untuk ahli parlimen kerajaan, tetapi juga ahli parlimen pembangkang.

    Peruntukan itu bukan disauk dari poket Anwar atau poket Zahid Hamidi. Peruntukan itu dikaut dari rakyat dan untuk dibelanjakan oleh mana-mana ahli parlimen di kawasan yang mereka menangi. Dan Anwar tidak akan sekali-kali meluluskan jika para pembangkang tidak mahu berunding dengannya.

    Dengan akal yang waras, sihat dan bijaksana, kita pasti Anwar hendak meletakkan syarat bahawa kerajaannya tidak boleh diganggu-gugat sehingga habis penggal ini. Anwar pastinya mahu melampaui tempoh pemerintahan tiga perdana Menteri sebelumnya yang tidak dapat menghabiskan walau satu penggal sekalipun.

    Duluan yang ditinggalkan sebelum ini iaitu Langkah Sheraton iaitu membubarkan kerajaan sebelum tempoh masaknya hasil ulah atau makar orang-orang politik harusnya dikeji. Walaupun langkah penggantian kerajaan itu tidak melalui pilihan raya yang memakan puluhan juta ringgit, ia sangat tidak menghormati demokrasi dan mandat rakyat.

    ALSO READ:  Umno tanding sendirian? MKT akan putuskan - Dr Akmal

    Pastinya kita tidak dapat menerima jika PN melakukan rekayasa itu sekali lagi, sebenci manapun kita pada perdana Menteri kesepuluh yang kita sayangi ini. Kerajaan ini harus dibiarkan memerintah berdasarkan suara rakyat yang diperolehinya selama lima tahun, dijangka berakhir paling lewat pada 2027.

    Akta Antilompat Parti tidak bergigi?

    Ini membawa kepada persoalan, adakah Akta Antilompat Parti yang diperkenalkan itu tidak bergigi? Jika akta itu kuat, kenapa Anwar takut dengan pembangkang? Sedangkan sebagaimana kata Syed Saddiq dalam perbahasan di Parlimen yang sama, kerusi yang dimenangi PH-BN (dan segala parti dalam kerajaan perpaduan) ialah majoriti yang besar berbanding tiga perdana Menteri sebelum ini.

    Jadi kenapa Anwar dilihat takut dengan Zahid Hamidi berbanding Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri, sedangkan Anwarlah yang paling berdegar-degar berkokok tentang antirasuah?

    Begitu juga dalam peruntukan terhadap pembangkang, mengapa tidak terus diberi jika rejim Anwar ini kuat dan ampuh dan Akta Antilompat Parti itu sememangnya bergigi? Ini menimbulkan syak wasangka kita semua pada rejim Anwar ini. Kerajaan ini dilihat begitu lemah dan tunduk pada Umno-BN, terutama pada ketuanya iaitu Zahid Hamidi.

    Kerajaan yang ketika ceramahnya sebelum ini begitu kuat bersyarah tentang antirasuah, sampai membuat lagu hoi hoi ya hoi siapa sokong penyamun. Tetapi apabila menang memerintah mereka pula dilihat tunduk dan penakut terhadap orang yang mereka tuduh sebagai penyamun. Katalah Zahid diambil tindakan, adakah Anwar tidak yakin Umno-BN akan bersamanya dalam Kerajaan perpaduan? Atau Umno-BN akan menyeberang ke PN?

    Atau seperti Anwar katakan terhadap seorang pelajar sekolah baru-baru ini, adakah dia nak PN mengambil alih pemerintahan jika Anwar bercakap soal kuota pelajar di universiti? Ini tanda Anwar sangat berhati-hati untuk bercakap soal reformasi, takut akan hilang kerusi, hilang undi dan hilang jawatan perdana Mmenteri.

    ALSO READ:  PM mahu bidang kuasa Jabatan Audit Negara diperkukuh

    Jika Umno-BN pergi ke PN sekalipun (selepas Zahid diambil tindakan), biarkanlah luncai terjun dengan labu-labunya. Kerana kajian telah mendapati dan menunjukkan bahawa prestasi Umno-BN makin merudum dari tahun ke tahun. Apatah lagi Bersatu dan PAS di bawah PN telah menelan satu persatu kawasan Umno-BN

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts