Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKOMENTAR | Antara janji manis dan janji kosong PAS

    KOMENTAR | Antara janji manis dan janji kosong PAS

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    KOMENTAR | Terdapat pertanyaan mengenai Karnival Jom Heboh di Kelantan yang baru-baru ini berlangsung, di mana penonton lelaki dan perempuan duduk secara bersama-sama dan tidak berasingan seperti yang ditetapkan oleh PAS Kelantan. Selain itu, juga dilaporkan bahawa pencahayaan lampu dalam karnival tersebut juga malap, sama seperti di panggung wayang yang diharamkan di Kelantan. Jika duduk bersama dan lampu malap tidak dibenarkan di panggung wayang, mengapa boleh berlaku dalam Karnival Jom Heboh?

    Ini adalah bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan PAS sendiri dan tidak konsisten dengan idea “membangun bersama Islam” yang disarankan oleh PAS. Sebenarnya, pelanggaran terhadap syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan PAS juga telah berlaku dalam pesta Rioh Sokmo di Kelantan dan konsert di Negeri Kedah berdekatan Masjid Zahir, di mana penonton turut menari dan melompat lompat secara liar.

    Jika perkara ini berlaku di Negeri yang tidak diperintah oleh PAS, mungkin PAS akan menuduh kerajaan Negeri tersebut sebagai liberal, kurang beriman, dan tidak bermoral. Di mana janji-janji yang telah diulangi berkali-kali oleh PAS mengenai pelaksanaan peraturan ini?

    Jika PAS sendiri sukar untuk melaksanakan peraturan mengenai duduk berasingan dan lampu malap dalam kawasan hiburan, bagaimana pula dengan peraturan dan undang-undang hudud serta RUU355 yang lebih kompleks dan serius dalam hukumannya? Apakah sebabnya kerajaan PAS masih belum bersedia melaksanakan peraturan dan undang-undang ini? RUU 355 telah beberapa kali gagal dibentangkan untuk dibahas, dengan alasan-alasan yang lemah semasa kerajaan persekutuan diperintah oleh PAS.

    Jika PAS sendiri masih belum bersedia dan tidak mempunyai persiapan yang mencukupi, mengapa pihak lain dituduh kurang bermoral, kurang beriman, dan musuh Islam? Hukum dan peraturan undang-undang agama Islam tidak seharusnya digunakan untuk tujuan politik untuk menjatuhkan musuh politik dengan menuduh mereka sebagai orang yang kurang Islmik, sedangkan PAS sendiri masih belum bersedia melaksanakan peraturan hiburan dan telah lama mensyarahkan hudud tanpa tindakan yang kongkrit.

    ALSO READ:  ULASAN | Kenapa Persatuan Undang-undang Sabah saman k'jaan?

    Rakyat dan penyokong PAS dikecewakan dengan pelbagai janji mengenai peraturan Islam yang hanya merupakan promosi politik kosong yang tidak dilaksanakan oleh PAS sendiri. Karnival Jom Heboh dan Rioh Sokmo di Kelantan, serta konsert di Kedah, adalah contoh-contoh janji-janji manis kosong yang diberikan oleh PAS tetapi mereka sendiri tidak mampu mengawal situasi, tetapi pihak lain dikecam dan dituduh sebagai musuh Islam atas masalah yang sama.

    Ini adalah contoh yang menggambarkan apa yang berlaku apabila agama digunakan semata-mata untuk tujuan politik dan untuk mendapatkan pengaruh politik. Allah menunjukkan kelemahan PAS sendiri yang gagal melaksanakan janji mereka dengan memanfaatkan agama untuk mencapai cita-cita politik mereka. PAS tidak sepatutnya menuduh pihak lain sebagai musuh Islam atau kurang beriman, apabila mereka hanya bercakap berdegar-degar tetapi tidak memiliki keupayaan dan keikhlasan untuk melaksanakan undang-undang Islam yang mereka tuduhkan kepada orang lain sebagai kegagalan.

    Ini adalah sikap yang tidak adil dan bertindak sebagai hipokrit. Raja Bahrin Shah merupakan pengerusi Pakatan Harapan Terengganu. Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts