Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKOMENTAR | Hebatnya perantau Kelantan

    KOMENTAR | Hebatnya perantau Kelantan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    KOMENTAR | Entah berapa juta peranantau yang balik beraya di Kelantan tahun ini. Ada media laporkan sejuta orang. Media lain pula kata dua juta peranantau sudah balik sejak akhir Ramadan lalu.

    Saya tidak pertikai tentang angka kerana balik kampung menyambut Aidilfitri adalah naluri semula jadi kita. Perantau Negeri lain juga balik ke kampung masing-masing cuma mereka tidak seheboh orang Kelantan balik kampung.

    Mereka balik kampung dengan semangat yang luar biasa. Perjalanan pintu masuk dari Gua Musang ke Kota Bharu yang sepatutnya tiga jam, menjangkau 10 jam.

    Tempat lain pun mengalami kesesakan yang luas biasa namun Kelantan lebih menjadi fokus kerana prasarana tidak sempurna dan tiada lebuh raya.

    Apa yang dikatakan lebuh raya Pasir Mas – Tanah Merah itu pula hanya jalan biasa yang lebih besar sedikit berbanding di tempat lain.

    Bayangkan adik kakak peranantau yang berlumba-lumba balik Kelantan semata-mata untuk menemui yang tersayang di kampung halaman. Bayangkan betapa indah dan nikmatnya sebuah Negeri yang terkenal dengan keislaman menyambut kepulangan peranantau musim perayaan.

    Ada yang kata kepulangan sesetengah peranantau bagai jemaah ke tanah suci.

    Di sepanjang perjalanan mereka mencampakkan plastik atau sisa makanan dan lampin pakai buang bayi ke pinggir jalan raya. Tular gambar petugas kontraktor pihak berkuasa tempatan yang bertugas lebih masa untuk mengutip sisa buangan tepi jalan.

    Buang ‘syaitan’ di pinggir ‘Negeri Islam’

    Lebuh raya Merapoh ke Gua Musang pula meriah bagai musim bunga di Amsterdam. Penuh berwarna-warni. Pelbagai bentuk dan aroma ada.

    Cuma bezanya di Belanda keindahan itu dilengkapi dengan haruman bunga berguguran, namun di sepanjang laluan ke pintu masuk Kelantan ada bermacam bau tidak menyenangkan.

    ALSO READ:  'Jangan banyak alasan'- Azam minta menantu Muhyiddin balik

    Turut mencemarkan pemandangan iala beg plastik yang dicampak dari tingkap kereta yang bersesak balik ke kampung.

    Ada yang kata sikap mencampak sampah dari kenderaan itu seolah-olah melontar jamrah di Tanah Suci.

    Mereka membawa sisa kotoran dari Negeri yang dikuasai DAPig untuk dihumbangkan di tengah Banjaran Titiwangsa bagi menjamin kebersihkan bumi Kelantan yang terkenal dengan keimanan warganya.

    Mereka melontar dan membuang ‘syaitan’ di jalanan sebelum masuk ke Negeri Islam.

    Sejak 200 tahun lalu Kelantan adalah bumi Islam yang kaya dengan tradisi pondok. Sebelum wujudnya Pondok Tok Kenali, Kelantan sudah mempunyai puluhan sekolah pondok yang mendidik umat Negeri mempertahankan keimanan.

    Sistem pondok di Kelantan terkenal di peringkat serantau sehingga mendorong ramai pelajar dari seluruh Semenanjung Malaysia, selatan Thailand, Kemboja, Indonesia dan Asia Selatan datang berguru.

    Tradisi keislaman itu subur sehingga kini dan menjadi wadah siasah untuk percaturan kuasa dalam bentuk kepartian.

    Hari ini sesetengah orang Kelantan berbangga dengan ‘kerajaan Islam’ yang terbentuk walaupun tidak jelas keislamannya. Jalan raya masih jauh daripada sempura.

    Kembali ke Negeri lain

    Projek lebuh raya Kota Bharu ke Kuala Krai sering berdepan masalah kewangan. Pembinaan tidak lancar. Kontraktor ada alasan tersendiri, peluang pekerjaan terbantut, kos kehidupan mencanak.

    Politik kedai kopi adalah parlimen bagi kebanyakan lelaki Kelantan. Mereka sanggup berjam-jam di kedai kopi untuk mempertahankan hujah ketika isteri bertungkus lumus mencari rezeki di Pasar Siti Khadijah.

    Jangan hairan wanita Kelantan menguasai pusat jualan awam di pasar besar kerana suami mereka sibuk mempertahankan kerajaan Islam di parlimen kedai kopi.

    Perantau pula akan terus berpusu-pusu balik kampung dengan bercerita kejayaan dan kenangan manis di peranantauan. Walaupun sehari dua pengalaman Syawal di kampung tetap menjadi ingatan kerana berada di Kuala Lumpur dan Selangor tidak sama dengan Kelantan.

    ALSO READ:  Olympics-Fencing-French soul, Italian heart as Rizzi leads her side to epee title in Paris

    Bersesak-sesak sehingga 18 jam di jalan raya bukanlah halangan kerana tradisi merantau adalah kesanggupan menempuh halangan itu sendiri.

    Selagi ada bulan dan bintang, peranantau akan terus merantau dan kembali lagi pada Aidiladha atau ketika cuti sekolah.

    Saya selalu sebut ada tiga raya yang menggamit peranantau pulang ke kampung halaman.

    Selain raya raya puasa dan hari raya haji, mereka juga bertali arus balik beraya setiap kali menjelang hari pembuangan undi pilihan raya umum.

    Pada 2018 dan 2022, kesesakan di pintu masuk ke Kelantan di Gua Musang, Jeli dan Jerteh meriah bagai menyambut kehadiran anak bulan Syawal.

    Perantau yang berpuluh tahun menetap dan membina keselesaan sendiri di Negeri lain akan pulang ke Negeri Cik Siti Wan Kembang untuk mengundi dan mempastikan kerajaan PAS kekal di Kelantan.

    Kemudian mereka kembali ke Negeri lain yang menjadi tempat mereka mencari rezeki.

    PAS kekal utuh

    Ada yang bangga mengibarkan bendera bulan purnama di kenderaan supaya orang kampung turut berbangga kehadiran peranantau untuk mempertahankan Negeri daripada ‘ancaman’ bukan Islam.

    Sejak 1990 PAS kekal mentadbir Kelantan kerana dorongan dan sokongan peranantau, selain sikap fanatik anak tempatan yang meyakinan pimpinan yang ada.

    Imej Islam yang tercipta pada era Nik Abdul Aziz Nik Mat jauh lebih terserlah berbanding pimpinan Asri Muda sejak dekad 1950-an sehingga 1978.

    Penduduk Kelantan sebati dengan imej Islam dan kerajaan yang kononnya berkiblatkan al-Quran dan hadis.

    Sehingga rusuhan pada 1977 mendedahkan pentadbiran yang dikatakan Islamik terpalit dengan isu pembalakan dan rakus meneroka hutan secara berleluasa.

    Rakyat memberontak dan siri demonstrasi di Kota Bharu mendorong kerajaan pusat mengisytiharkan darurat di Kelantan.

    ALSO READ:  DAP senarai pendek 10 calon di KKB, ada Melayu, Cina, India

    Pada pilihan raya Negeri 1978, PAS hanya menang dua daripada 36 kerusi dewan undangan Negeri mendorong kewujudan pentadbiran Umno tertegak di Kelantan sehinggalah mereka tewas pula pada 1990.

    Sehingga kini PAS masih kukuh di Kelantan walaupun pelbagai tohmahan dan propaganda dibuat di media massa.

    Perantau yang menjadi sebahagian daripada sejarah siasah tetap menyokong status quo yang ada walaupun mereka mencipta kehidupan jauh lebih baik di tempat lain.

    Ada lawak di media sosial tentang bandar-bandar utama seperti Sah Aley, Kle, Kaje, Selaye bertukar kembali menjadi Shah Alam, Klang, Kajang dan Selayang untuk beberapa hari kerana peranantau Kelantan sudah berpusu-pusu balik ke kampung.

    Tempat itu akan kembali menjadi Sah Aley, Kle, Kaje, Selaye selepas berakhirnya cuti perayaan dan anak Kelantan kembali ke Lembah Klang meneruskan kehidupan harian.

    Mereka meneruskan keselesaan hidup di Negeri DAPig dan buat seketika lupa tentang keislaman di Klate sebelum kembali lagi semasa pilihan raya untuk mengekalkan status quo buat ibu dan ayah serta saudara-mara yang ada di sana!


    IMLAN ADABI ialah wartawan dan sasterawan.

    Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts