Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKOMENTAR| Melawan benci dengan rahmah setiap hari

    KOMENTAR| Melawan benci dengan rahmah setiap hari

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    KOMENTAR | Kami, pertubuhan-pertubuhan dalam masyarakat sivil dan media, mengembleng tenaga untuk menyeru semua rakyat Malaysia untuk melawan ungkapan kebencian dan provokasi etnik-agama dengan rahmah setiap hari.

    Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia mengangkat amalan ‘maaf zahir batin’ ke tingkat yang lebih tinggi.

    Amalan memohon dan memberi maaf adalah ajaran dalam Islam, dan juga dalam sistem nilai agama Budha, Kristian, Hindu, Sikh, Taoisme, dan komuniti-komuniti Orang Asli/ Orang Asal di Sabah, Sarawak dan Semanjung.

    Mari kita lazimkan amalan memohon dan memberikan ‘maaf zahir batin’ sepanjang tahun, tidak terhad kepada Hari Raya Aidilfitri dan Syawal, tetapi dari awal Muharam sampai ke akhir Zulhijjah, dari 1 Januari sampai ke 31 Disember, sepanjang 365 hari setahun.

    Mari kita jayakan pergerakan #MZB365 ini kerana kita sebuat manusia berbuat salah setiap hari, perlu insaf dan memohon maaf setiap hari, dan juga bersedia memaaf setiap hari.

    Jika kita segan memohon maaf, maka pembinasaan yang kita lakukan, sama ada berniat atau tidak, kerana kejahatan mahupun kekhilafan, tak kira besar atau kecil, akan berkekalan dan merosakkan hubungan dan silaturahim antara insan.

    Mohon dan beri maaf boleh berlaku di antara suami dan isteri, antara anak dan orang tua, antara saudara-mara, antara murid, ibubapa dan guru, antara jirantetangga, antara rakan sejawat, antara orang-orang yang saling tidak mengenali tetapi menemui sesama lain di lalu lintas, antara individu-individu yang melanggar undang-undang dan masyarakat dan antara komuniti yang berlainan.

    Pada masa yang sama, apabila kita memaafkan orang lain, ini tidak bermakna kita menjadi lebih lemah dan secara tidak sedar menggalakkan lebih banyak salah laku.

    Ini sudahnya bukan untuk mengkompromikan kedaulatan undang-undang. Apabila pesalah melanggar undang-undang, pesalah tetap menghadapi pengadilan dan hukumannya.

    ALSO READ:  Pemuda PAS Selangor gesa tambah peruntukan guru Kafa

    Pengampunan dan penguarangan hukuman hanya terjadi apabila si pesalah menyedari kesalahannya, mengaku bersalah, menembusi pembinasaannya dan/atau berikthiar untuk tidak mengulangi kesalahan itu.

    Memberi maaf kepada mereka yang ikhlas memohon maaf sebenarnya memperkuatkan kita dan juga masyarakat secara keseluruhan.

    Ia membina pendamaian, mengurangkan salah faham, menghapuskan benci dendam, dan mengeratkan siraturahim kita sebagai manusia yang dicipta berlainan, supaya kita lebih mengenali sama satu lain melalui kelainan.

    Memupuk semangat dan amalan memohon dan memberi maaf menjadi semakin penting kerana terdapat individu-individu dan puak-puak yang setiap hari mencari peluang dan alasan untuk memecahkan masyarakat demi kepentingan politik, perniagaan dan peribadi.

    Mereka mencari setiap salah laku yang boleh diperbesarkan untuk menyemai perasaan sangsi dan benci supaya mereka dapat diangkat menjadi pahlawan sampai ada yang melampaui batas undang-undang dengan membakar dan mengganas.

    Gejala populisme yang berasaskan kebencian dan teori konspirasi sudahpun melumpuhkan negara, membinasakan masyarakat, menjatuhkan ekonomi, melaparkan kanak-kanak, menenggelamkan impian malah meragut nyawa di banyak perusuk di dunia.

    Kita mesti pastikan Malaysia tidak mengikut jejak mereka.

    Di mana batas undang-undang dilanggar, kedaulatan undang-undang mesti ditegakkan tanpa kompromi.

    Di mana akal ditipu dengan propaganda dan pembohongan, kebenaran dan pemikiran logik mesti ditegakkan.

    Akan tetapi, tiada penawar yang lebih baik daripada rahmah, yang boleh mengeratkan silaturahim, menghancurkan benci, melenyapkan sangsi dan menewaskan mereka yang ingin menangguk di air keruh.

    Rakyat Malaysia berupaya menghadapi keadaan mencabar ini dengan kekuatan. Apabila pandemik Covid-19 melanda, kita ada kempen #KitaJagaKita.

    Kini kebencian merebak, mari kita berkempen #MZB365, melawan benci dengan rahmah setiap hari. Sertai dan jayakanlah pergerakan ini.


    NGO yang mengambil bahagian (setakat 6 petang pada 5 April 2024):

    • 1. Projek SAMA

    • 2. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

    • 3. Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)

    • 4. G25

    • 5. Architect of Diversity (AOD)

    • 6. Muslim Professional Forum (MFP)

    • 7. Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN)

    • 8. Gabungan Bertindak Malaysia (GBM)

    • 9. IDEAS

    • 10. Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot)

    • 11. Pure Life Society

    • 12. Buddhist Missionary Society Malaysia (BMSM)

    • 13. Gerakan Belia Sepunjabi Malaysia


    ALSO READ:  Kerajaan sasar bentang akta tangani amalan Ali Baba akhir tahun ini

    Artikel ini pandangan kumpulan masyarakat sivil dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts