KOMENTAR | Entah kenapa sejak beberapa bulan lalu saya terkenang puisi Songsang karya penyair dan pelukis terkenal, A Latiff Mohidin.
Karya yang dicipta di Kota Bharu pada 1976 itu pada awalnya saya gelakkan kerana ia didedikasikan kepada insan bernama Tok Awang yang sinonim dengan ibu Negeri Kelantan.
Generasi sezaman saya mengenal Tok Awang yang berlegar di Kota Bharu sejak dekad 1960-an sehingga awal 1980-an.
Lelaki itu dikatakan kurang siuman dan selalu berada di pasar besar dan hentian bas hampir setiap hari. Dia berceloteh tentang kemerdekaan dan nasib marhaen.
Tok Awang menempelak nikmat kemerdekaan kerana ramai yang ketinggalan peluang ekonomi dan nikmat kehidupan. Mungkin keadaan itu yang melekatkan namanya sebagai Tok Awe Medeka (Tok Awang Merdeka).
Ada waktunya Tok Awang berceloteh tentang lebai, alim, tok guru dan ustaz yang kononnya pewaris tuhan pada masa sama menjadi penunggang agama.
Tok Awang berkias tentang ustaz yang buka kain oghe buje (janda) jika diberi peluang.
Tok Awang hanya diam dan menghilangkan diri seketika apabila mendapat sebungkus nasi berlauk atau nasi kerabu.
Maafkan aku
kalau aku sering saja
berlaku songsang
Orang seperti Hot Daddy dan penunggang agama di mana-mana sahaja.
Karya A Latiff Mohidin mengingatkan:
Apabila semua orang
telah sedia duduk
aku bangun berdiri
Apabila orang
bangun bertepuk
aku duduk…
Adakah perlu persalahkan Nik Elin yang sekadar mahu memperbetulkan kelompangan dalam sistem undang-undang?
IMLAN ADABI ialah wartawan dan penyair.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.