Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKOMENTAR | Puisi, cinta dan air mata Palestin

    KOMENTAR | Puisi, cinta dan air mata Palestin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    KOMENTAR | Palestin berkembang bersama cinta sekali gus air mata sejak zaman berzaman. Negara yang dijajah Zionis sejak 1948 itu bukan saja diwarnai dengan darah syuhada, malah puisi cinta melatari perjuangan warganya.

    Penyair terkenal Mahmoud Darwish sinonim dengan hasrat kemerdekaan Palestin kerana bait puisinya menjadi  iltizam kemerdekaan, hak dan harga diri.

    Pengisytiharan kemerdekaan Palestin adalah kenyataan bertulis   Mahmoud dan dibaca oleh Yasser Arafat pada 15 Nov 1988.

    Sejurus selepas tamat pengisytiharan tersebut dibaca, Arafat yang juga Pengerusi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) menyandang jawatan Presiden Palestin.  

    Pada April 1989, Majlis Pusat PLO memilih Arafat sebagai Presiden Palestin yang pertama secara rasmi.

    Sehingga kini nama Mahmoud tercatat dengan tinta emas kerana dia bukan saja penyair bermadah indah, bahkan memahami erti perjuangan. Dia berkali-kali keluar masuk penjara kerana puisinya mengancam rejim Zionis.

    Dari segi tradisi, kepenyairan adalah citra bangsa Arab sejak bangsa itu mengenal tamadun. Puisi dan mantera magis adalah amalan diwarisi dari satu generasi ke generasi lain sebelum mereka mengenal al-Quran dan hadis.

    Padang pasir yang tandus  melahirkan pelbagai kabilah dengan kemungkinan dan harapan. Mereka berperanang dan syair menjadi penguat semangat untuk mempertahankan sistem asabiah masing-masing.

    Mahmoud Darwish

    Dalya Cohen-Mor menulis buku Mahmoud Darwish: Penyair Palestin dan Kekasih Yahudinya. Ia merupakan rakaman kisah cinta Darwish dan Rita (Tamar-Ben-Ami) dalam genre puisi-prosa.

    Penyair itu terpaksa berperanang dengan dirinya kerana mencintai gadis Yahudi yang bukan sahaja berbeza dalam pelbagai aspek, malah wanita itu datang dari bangsa yang menjadi musuh abadi Arab.

    Tradisi dan akhlak menjadi perhitungan. Pengalaman peribadi mengajar penyair untuk hidup bertolak ansur selagi tiada pihak yang mengancam bangsa Arab.

    ALSO READ:  Stable currency key to fostering macroeconomic stability: Zimbabwean president

    Mahmoud tewas kerana Yahudi tetap dengan keyahudiannya.

    Mahmoud lahir pada 1941 di desa al-Birweh dekat kota Akka.  Karyanya membezah situasi bangsa dengan simbolik.  Pada usia 17  tahun, Mahmoud menulis puisi tentang penderitaan Palestin.

    Suara untuk keadilan sosial

    Pada 1 Mei 1965, namanya disebut kerana tegas menentang Yahudi menerusi puisi yang dibaca di Nazareth berjudul Bitaqat Huwiyya (Kad Identiti).

    Dalam beberapa hari, puisi itu tersebar ke seluruh dunia Arab. Karya yang beragam dan mendalam telah memperkaya kesusasteraan dunia, menjadikannya ‘suara-suara lain’ daripada perjuangan bangsa Palestin.

    Mahmoud lalu didera dan dipenjara.

    Penyair Samih al-Qasim juga memberi kesan mendalam terhadap perjuangan Palestin. Dilahirkan pada 1939 dalam keluarga Druze di wilayah Israel, puisinya dipengaruhi oleh dua period penting dalam hidupnya: sebelum dan setelah Perang Enam Hari, atau biasa disebut Perang Arab-Israel Ketiga.

    Sebelum 1967, sajaknya terpengaruh oleh semangat nasionalisme Arab. Setelah itu Samih bergabung dengan parti politik Rakah dan aktif dalam perjuangan kebebasan.

    Melalui karya yang tajam dan berani, dia menyuarakan perjuangan keras rakyat.

    Melalui karyanya Samih menggambarkan penderitaan dan harapan, selain menghadirkan citra keberanian dan kegigihan rakyat dalam menghadapi cabaran.

    Puisi yang terkenal antara lain ialah Confession In The Midday Sun, Bats, The Wall Clock, dan As-Salam.

    Tawfiq Zayyad pula dikenali sebagai ahli politik dan aktivis yang meletakkan dirinya sebagai ikon perjuangan. Karyanya  menyuarakan perjuangan keadilan sosial dan politik yang lebih luas.

    Puisi terkenal Tawfiq ialah Here We Will Stay, The Impossible, With My Teeth dan They Know.

    Samih al-Qasim

    Penyair Fadwa Tuqan juga terkenal kerana menentang penindasan Zionis. Dia tahu menggunakan kata-kata yang menikam dan Palestin tidak mudah bebas kerana kuasa besar terutama AS dan British menjadi penaja keganasan.

    ALSO READ:  Cukuplah berpolitik, beta dah penat dengar - Sultan Selangor

    Rejim Zionis kerap mengambil tindakan tegas ke atas penyair kerana menyedari puisi sebahagian daripada intifadah Palestin.

    Pada 1 Ogos 2018 Israel memenjarakan penyair Palestin, Dareen Tatour, kerana ‘menghasut’. Dareen dituduh menulis dan memuat naik sebuah sajak yang mengkritik pendudukan Israel di media sosial.

    Dareen juga didapati bersalah “melakukan hasutan dan menyokong  organisasi pengganas”.

    Wanita berusia 41 tahun itu menghabiskan masa beberapa bulan dalam penjara Zionis sebelum diletak dalam tahanan rumah pada Jan 2016.

    Dareen Tatour

    Dia juga pernah ditahan pada 1 Okt 2015 sebelum didakwa kira-kira sebulan atas pertuduhan yang sama.

    Anggota Jawatankuasa Eksekutif PLO, Hanan Ashrawi, mengutuk hukuman yang dijatuhkan ke atas Dareen kerana tidak mungkin penyair mampu menjatuhkan rejim dengan puisi semata-mata.

    Sehingga kini pergolakan di Gaza gagal menemui penyudah dengan bilangan korban lebih 11,000 jiwa. Memang puisi tidak mampu mengubah apa-apa kerana peperanangan tidak mengenal kemanusiaan.  

    Perjuangan melalui sastera sudah dilakukan jauh sebelum Israel datang dan menduduki Palestin pada 1948.

    Ketika  kongres Zionisme di Switzerland dan kali pertama Yahudi dari Rusia datang ke Palestin pada 1882,  sasterawan memperingatkan masyarakat Palestin untuk berhati-hati.

    Novelis Ghassan Kanafaniy menulis tentang pembunuhan dan keganasan. Dia sendiri dibunuh pada usia 32 tahun apabila kenderaan dinaikinya dibom.

    Pembunuhan dan air mata adalah episod kekejaman Zionis.

    Puisi dan sastera tidak mampu berbuat apa-apa kerana negara Arab sendiri tidak bersatu menentang keganasan. Mungkin seribu lagi penyair akan lahir dengan puisi harapan demi harapan yang tidak berkesudahan.


    IMLAN ADABI adalah wartawan marhaen.

    Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts