Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKOMENTAR | 'Timing' pendakwaan Zahid tidak diteruskan

    KOMENTAR | ‘Timing’ pendakwaan Zahid tidak diteruskan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    KOMENTAR | Maaflah kalau saya kata, saya hanya percaya atau menganggapnya sahih kalau yang membuat keputusan itu hakim. Ini adalah kerana saya cukup yakin yang sesiapa pun dalam kerajaan tidak berani campur tangan di peringkat itu.

    Di peringkat pendakwaan, itu cerita lain. Pendakwaan adalah di bawah bidang kuasa peguam negara. Peguam negara dilantik atas perakuan (recommendation) perdana Menteri dan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

    Ada orang kata, jawatan peguam negara ini adalah “jawatan politik” atau – setidak-tidaknya pun – dipengaruhi oleh politik.

    Peguam negara semasa pendakwaan ke atas Ahmad Zahid Hamidi dalam kes Yayasan Akalbudi ialah Tommy Thomas dan Idrus Harun.

    Thomas meletakkan jawatan pada 28 Feb 2020, iaitu beberapa hari selepas kerajaan PH digulingkan. Idrus dilantik ke jawatan tersebut pada 6 Mac 2020 oleh pentadbiran Muhyiddin Yassin.

    Kontrak beliau tamat Mac lalu tapi disambung oleh kerajaan perpaduan selama enam bulan. Kebetulan pada hari-hari terakhir jawatannya itu, pendakwa raya memberhentikan pendakwaan ke atas Ahmad Zahid.

    Ini memaksa mahkamah membebaskan Ahmad Zahid tanpa dilepaskan.

    Peguam negara yang baru, Ahmad Terrirudin Salleh, dilaporkan mula bertugas semalam, 6 Sept. Jadi kita bolehlah kata yang beliau tidak ada kaitan dengan keputusan tersebut.

    Mustahil tak sedar

    Takkanlah seorang peguam negara hanya pertimbangankan aspek undang-undang saja? Adakah beliau tidak terfikir langsung kepentingan pihak-pihak lain, khususnya kerajaan yang melantik dan menyambung kontrak beliau?

    Semasa pentadbiran Muhyiddin dan Ismail Sabri Yaakob tidak pula berlaku perubahan angin terhadap kes Ahmad Zahid ini.

    Kalau orang biasa pun tahu yang tanpa Ahmad Zahid, Anwar Ibrahim mungkin tidak dapat jadi perdana Menteri; dan tanpa Ahmad Zahid kerajaan boleh tumbang; seorang yang arif macam peguam negara tentu lebih faham yang perdana Menteri memerlukan Ahmad Zahid.

    ALSO READ:  Dua tahun lalu, ahli parlimen PH juga berarak tanpa kebenaran polis

    Katakanlah Ahmad Zahid didapati bersalah dan dihukum, kerajaan perpaduan akan goyang atau tumbang terus.

    Jadi Ahmad Zahid sangat-sangat penting (critical) kepada kelangsungan kerajaan perpaduan. Peguam negara tentu tahu hal ini.

    Lagipun, Idrus pasti arif mengenai perbicaraan Ahmad Zahid. Walaupun Ahmad Zahid dituduh ketika Thomas menjadi peguam negara, namun sebahagian besar perbicaraan berjalan ketika beliau menjadi peguam negara.

    Idrus Harun

    Mustahil beliau tidak sedar tentang betapa terancamnya kedudukan Ahmad Zahid apabila – pada 24 Jan 2022 – mahkamah tingggi mendapati ada kes prima facie terhadap presiden Umno itu dan memerintahnya membela diri.

    Sebelah kaki Ahmad Zahid sudah pun dalam penjara.

    Terdapat percubaan sinister oleh penyokong kerajaan bagi memberi gambaran seolah-olah Ahmad Zahid dibebaskan (tanpa dilepaskan) atas keputusan hakim.

    Malah kenyataan Pejabat Peguam Negara pada 5 Sept menggambarkan seolah-olah hakim bersetuju dengan hujah pendakwa raya untuk tidak meneruskan perbicaraan Ahmad Zahid.

    Sedangkan dalam ucapannya, hakim Collin Lawrence Sequerah berkata: “Mahkamah ini membuat keputusan untuk melepaskan tanpa membebaskan. Sebelum saya tangguhkan, saya ingin menyatakan di sini bahawa, apa sekalipun kuasa peguam negara di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 254 Kanun Acara Jenayah untuk memulakan dan menarik balik pertuduhan pada bila-bila masa sebelum penghakiman dibuat, tidak boleh dipersoalkan.”

    Maksudnya, memulakan dan menarik balik pertuduhan pada bila-bila masa sebelum penghakiman adalah hak mutlak peguam negara dan ia tidak boleh dibantah.

    Dalam bahasa yang mudah, hakim terpaksa mengikut kehendak pendakwaan.

    Hakim Sequerah menambah, seandainya pihak pendakwaan memutuskan pada masa terdekat mereka tidak akan meneruskan pendakwaan, bahawa banyak masa kehakiman yang berharga akan terbuang di samping membazirkan banyak wang pembayar cukai.

    ALSO READ:  Extreme heat, excessive rainfall predicted in extensive region of US

    Seperkara lagi, perubahan angin oleh pendakwa raya ini berlaku tidak sampai sebulan selepas penggantian mengejut ketua pasukan pendakwaan, Raja Rozela Raja Toran, dengan Mohd Dusuki Mokhtar atas alasan Raja Rozela hendak bersara awal.

    Dengan segala keluarbiasaan ini, adalah mustahil mengelak atau menyekat orang ramai membuat pemerhatian, spekulasi dan andaian.

    Ibarat kata peribahasa, kalau tidak ada-ada masakan tempua bersarang rendah.


    A KADIR JASIN ialah bekas ketua pengarang kumpulan NSTP (M) Bhd dan pernah menjadi penasihat media kepada perdana Menteri.

    Tulisan ini asalnya disiarkan di media sosial dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts