Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKonflik Gaza: MP gesa Malaysia boikot mesyuarat Apec

    Konflik Gaza: MP gesa Malaysia boikot mesyuarat Apec

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerajaan Malaysia digesa memboikot Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di San Francisco, California, Amerika Syarikat (AS) pada November ini.

    Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkata, tindakan sedemikian sebagai tanda protes Malaysia terhadap pendirian Amerika Syarikat sekiranya konflik di Gaza tidak dihentikan.

    “Esok ada (Sesi Khas Kecemasan) UNGA (Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu), kalau katakan usul gagal atau divetokan kita patut boikot Apec untuk menghantar isyarat yang kuat kepada Amerika Syarikat.

    “Saya percaya Malaysia sebagai anggota Aec, kita masih mempunyai banyak pilihan lain untuk membangkitkan isu ini.

    “Tapi untuk kali ini sahaja, Malaysia mengambil pengecualian untuk tidak menjadi sebahagian daripada Apec,” katanya dalam sidang media di bangunan parlimen, hari ini.

    Katanya, tindakan sedemikian juga sebagai sokongan kepada Palestin dan pada masa yang sama menunjukkan bantahan keras terhadap Amerika yang menyokong pembunuhan beramai-ramai dilakukan Israel.

    Sebelum ini dilaporkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat APEC tahun ini.

    Selain mesyuarat pemimpin Apec, pemimpin Asean kecuali pemimpin tentera Myanmar, turut dijemput untuk menghadiri mesyuarat berasingan oleh Presiden AS, Joe Biden.

    Untuk rekod, hari ini (10 malam waktu Malaysia) Presiden UNGA, Dennis Francis akan mempengerusikan sesi khas UNGA berkenaan konflik Israel-Palestin.

    Dalam surat kepada delegasi negara anggota, Dennis berkata dia menerima surat bertarikh 19 Okt daripada Kumpulan Negara Arab dan pengerusi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), yang meminta untuk mengadakan Sesi Khas Kecemasan Ke-10 secepat mungkin.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts