Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKonflik Iran-Israel: Ketua PBB minta redakan kemelut

    Konflik Iran-Israel: Ketua PBB minta redakan kemelut

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    GLOBAL | Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres pada Ahad menggesa semua pihak bertenang selepas serangan balas Iran ke atas Israel berhubung serangan maut ke atas konsulat Iran di Syria.

    “Timur Tengah berada di ambang, rakyat di rantau ini sedang berhadapan dengan bahaya sebenar konflik berskala penuh yang memusnahkan.

    “Sekarang adalah masa untuk meredakan dan mengurangkan kemelut.

    “Sekarang adalah masa untuk sekatan maksimum,” katanya pada mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan, lapor Xinhua.

    Menurut laporan terkini, Iran pada Sabtu melancarkan beratus-ratus dron dan peluru berpandu dari wilayahnya ke arah Israel, dengan kebanyakannya dipintas. Beberapa peluru berpandu dilaporkan melanda dalam wilayah Israel, satu daripadanya merosakkan kemudahan ketenteraan Israel di selatan negara itu. Secara keseluruhan, beberapa orang awam cedera, kata Guterres.

    Wakil tetap Iran ke PBB Amir Saeid Iravani dalam surat kepada presiden Majlis Keselamatan, menyatakan bahawa tindakan Iran diambil “sebagai tindak balas kepada pencerobohan tentera Israel yang berulang terutamanya serangan bersenjata pada 1 April 2024 ke atas bangunan konsulat Iran (di Damsyik)”.

    Guterres mengingatkan semua negara anggota, tindakan menggunakan kekerasan adalah dilarang di bawah undang-undang antarabangsa.

    “Sudah tiba masanya untuk berundur. Adalah penting untuk mengelakkan sebarang tindakan yang boleh membawa kepada konfrontasi ketenteraan utama di Timur Tengah.

    “Orang awam sudah menanggung beban dan membayar harga tertinggi,” kata Guterres.

    Masyarakat antarabangsa mempunyai tanggungjawab bersama untuk melibatkan secara aktif semua pihak yang berkenaan untuk mencegah peningkatan selanjutnya, untuk mendapatkan gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza, pembebasan segera dan tanpa syarat semua tebusan dan penghantaran bantuan kemanusiaan tanpa halangan, katanya.

    Masyarakat antarabangsa juga mempunyai tanggungjawab bersama untuk menghentikan keganasan di Tebing Barat yang diduduki, meredakan keadaan di sepanjang sempadan Lubnan-Israel dan mewujudkan semula navigasi yang selamat di Laut Merah, katanya.

    ALSO READ:  Ops Lalang: Bekas hakim cadang kerajaan mohon maaf terbuka

    – Bernama-Xinhua

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts