Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKongres Bumiputera: Ti dakwa kenyataannya diputar belit

    Kongres Bumiputera: Ti dakwa kenyataannya diputar belit

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bekas naib presiden MCA, Ti Lian Ker mendakwa kenyataannya berhubung penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera diputar belit sehingga ia dianggap berbaur perkauman.

    Katanya, kenyataan itu adalah bersasar kepada kegagalan Kongres Ekonomi Bumiputera untuk meningkatkan kedudukan ekonomi golongan sasaran setelah berpuluh tahun disebabkan rasuah dan salah guna kuasa.

    “Kenyataan saya jelas, saya bukan mahu menidakkan hak orang Melayu ataupun berniat mempersoalkan pelaksanaan Kongres Ekonomi Bumiputera, tetapi apa yang cuba saya sampaikan ialah sudah tiba masanya kongres ini tidak lagi ditunggang demi meraih political brownie points atau dijadikan platform kesempatan oleh sesetengah pihak yang oportunis.

    “Saya berharap kerajaan Madani mampu untuk mengubah stigma terhadap Kongres Ekonomi Bumiputera ini dan benar-benar menganjurkan kongres yang menguntungkan rakyat dan negara dengan rangka jangka masa panjang dan berupaya membawa kemajuan yang kekal kepada keseluruhan rakyat dan Melayu.

    “Bukannya keuntungan sementara kepada beberapa lapisan atasan masyarakat Melayu dengan memperkudakan agenda Melayu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

    Semalam beberapa pemimpin Umno memberi reaksi balas susulan kenyataan senator itu ketika membahaskan Belanjawan 2024 di Dewan Negara minggu lalu yang disifatkannya sebagai “sengaja mencari masalah”.

    Naib Presiden Umno Wan Rosdy Wan Ismail menasihatkan Lian Ker supaya tidak cuba “memercikkan api perkauman”

    Selain itu Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi, turut mengecam keras kenyataan yang dianggapnya berbaur perkauman dan menghasut dibuat bekas timbalan Menteri belia dan sukan itu.

    Kata Puad dengan kenyataan dibuatnya pada 4 Dis lalu itu, Ti wajar memberi penjelasan kerana ia menyinggung perasaan orang Melayu. 

    Semasa membahaskan Belanjawan 2024 di Dewan Negara pada Isnin lalu, Ti meminta agar penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera dihentikan dan mencadangkan ia digantikan dengan kongres ekonomi yang lebih menguntungkan keseluruhan rakyat. 

    ALSO READ:  'Anak kita duduk 'Kolumpo' tak sokong BN jangan suruh balik'

    Menurutnya, sudah tiba masa penganjuran kongres itu tidak lagi ditunggang bagi meraih keuntungan politik atau dijadikan sebagai platform pihak berkepentingan mengambil kesempatan dan menegaskan ia bukan untuk menafikan hak orang Melayu.

    Sementara itu mengulas lanjut Ti berkata kenyataannya itu adalah berlandaskan dua petikan dari bekas perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan bekas duta negara Dennis Ignatius.

    “Sekali lagi saya ingin membetulkan semua kenyataan yang berbau perkauman dan penghasutan terhadap saya bahawa saya membantah ‘Kongres Melayu’. 

    “Ini adalah kenyataan orang lain, bukan kenyataan saya. Kongres Bumiputera, Cina dan India yang diadakan oleh NGO bebas diteruskan tetapi jangan pulak Kementerian Ekonomi atau kerajaan Madani digunakan untuk menggembelingkan masa, tenaga dan sumber kerajaan untuk mengadakan kongres satu kelompok kerana tugas kerajaan seharusnya menjaga kepentingan semua lapisan ekonomi merangkumi keseluruhan negara . 

    “Kenyataan menghentikan Kongres Bumiputera oleh NGO adalah kenyataan dan laporan yang salah dan bukanlah kenyataan dari saya,” tegasnya.

    Tambah Ti, masalah ekonomi tidak akan selesai sekiranya kerajaan dan kementerian yang sepatutnya menjaga rakyat dan negara serta keseluruhan ekonomi cuma menumpukan perhatian pada satu komuniti secara eklusif dan tidak interaktif. 

    Jelasnya lagi, amalan rasuah telah menggagalkan agenda membantu Melayu dan negara, lebih-lebih lagi apabila “peruntukan yang besar” diperuntukan tetapi lesap atau disalurkan kepada golongan dan lapisan tertentu.   

    “Biarlah isu-isu komuniti dan kongres ekonomi komuniti diteruskan oleh NGO tetapi kerajaan seharusnya mara ke hadapan untuk menganjurkan kongres ekonomi negara secara inklusif demi semua dan Melayu. 

    “Langkah ini barulah boleh menyakinkan pelabur dan ekonomi negara supaya kita boleh mara ke hadapan apabila pelabur-pelabur asing berkeyakinan terhadap ekonomi negara. 

    ALSO READ:  KPDN hantar notis pada restoran makanan laut didakwa caj mahal

    “Inilah dasar-dasar jitu yang pernah dilaksanakan semasa pemerintahan bekas perdana Menteri, Najib Razak. Perlaksanaan dasar-dasar yang baik pada masa itu meningkatkan nilai mata wang Ringgit , menambah pelaburan dari luar negara dan juga nilai pasaran bursa saham di Malaysia,” kata Ti.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts