Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKongres Nasional PKR pada Sabtu ini

    Kongres Nasional PKR pada Sabtu ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menganjurkan Kongres Nasional 2023 selama dua hari bermula Sabtu ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

    Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kongres yang bertemakan ‘Memaknai Reformasi, Menjulang Madani’ itu akan dihadiri 2,374 perwakilan dan 1,500 pemerhati.

    “Ini adalah kongres tahunan yang pertama akan dihadiri oleh sidang perwakilan dari seluruh negara selepas setahun PKR bersama-sama dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.

    “Kongres akan turut dihadiri pimpinan utama parti-parti gabungan Kerajaan Perpaduan selain turut menerima kehadiran 50 perwakilan kedutaan asing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata isu kemakmuran ekonomi, kebajikan dan keadilan sosial, tata kelola pentadbiran yang baik dan kestabilan politik akan menjadi tumpuan utama dalam perbahasan.

    “Sudah tentu isu utama berhubung kos sara hidup, isu perpaduan dan 3R (agama, raja dan kaum), isu rasuah dan penyelewengan kuasa antara topik yang akan dipilih oleh para pembahas kita.

    “Pembahas-pembahas akan diberikan kebebasan untuk berbahas, memberikan nasihat, mengkritik serta melontarkan idea kepada barisan pimpinan yang kemudiannya akan dijadikan panduan dan iltizam pimpinan ke arah lebih baik,” katanya.

    Selain itu, Saifuddin Nasution berkata menerusi kongres berkenaan, PKR akan sekali lagi menegaskan mesej dan pendirian terhadap isu kemanusiaan yang berlaku sejak berlaku kemelut Palestin dan negara haram Israel.

    Beliau berkata PKR juga akan mengadakan slot khas bagi memperingati mangsa-mangsa kekejaman Israel dalam kongres berkenaan.

    Kongres Nasional PKR 2023 akan bermula dengan Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Kongres Nasional Wanita pada 8 pagi, disusuli acara Kongres Nasional peringkat pusat dengan ucapan dasar oleh Presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali gus majlis perasmian kongres nasional pada 9 malam 25 Nov ini.

    ALSO READ:  Bersih ulangi gesaan Putrajaya, PN meterai perjanjian damai

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts