Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Kongres PKR tumpu isu rakyat, Perhimpunan Bersatu fokus soal presiden'

    ‘Kongres PKR tumpu isu rakyat, Perhimpunan Bersatu fokus soal presiden’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, menyatakan bahawa kongres PKR 2023 yang telah bermula semalam akan memberi tumpuan kepada isu negara dan rakyat.

    Saifuddin dalam ucapan pembukaannya membandingkan kongres PKR dengan Perhimpunan Agung Bersatu yang lebih menumpukan isu jawatan presiden yang disandang oleh Muhyiddin Yassin.

    “Kongres tahunan PKR diadakan secara kebetulan pada masa yang sama dengan perhimpunan agung parti Bersatu.

    “Perhimpunan agung parti Bersatu, ucapan dasar presidennya umum letak jawatan untuk berundur. Kemudian, ahli-ahli parti meminta agar beliau tidak berundur.

    “Majlis tertinggi parti ini mengadakan mesyuarat khas dan menolak permintaan tersebut. Akhirnya, pada hari ini (semalam) presiden parti tidak berundur,” katanya semalam di PICC, Putrajaya.

    Namun, menurut Saifuddin, kongres PKR tidak boleh mengambil pendirian yang sama.

    Saifuddin turut menggesa para perwakilan agar membincangkan isu-isu penting seperti tatakelola dan keterlusan pentadbiran kerajaan.

    “Kongres PKR perlu membincangkan mengenai kestabilan politik, memajukan ekonomi, memberi fokus kepada kebajikan dan keadilan rakyat.

    “Yang paling penting adalah untuk mengamalkan tatakelola pemerintahan.

    “Kongres ini mempunyai dua makna penting; kita akan mencecah usia 25 tahun pada bulan April tahun depan.

    “Hari ini juga genap setahun Anwar menjadi PM dan setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts