Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKonsep 'jemaah Islam' sudah diselewengkan, kata Khairuddin

    Konsep ‘jemaah Islam’ sudah diselewengkan, kata Khairuddin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Konsep jamaah Islam yang membawa maksud perpaduan telah diselewengkan maknanya oleh pihak tertentu sehingga menimbulkan perpecahan, kata Khairuddin Aman Razali. Bekas anggota parlimen Kuala Nerus itu berkata isu perpaduan dalam sesebuah negara adalah perkara besar dalam Islam dan menjadi asas kepada kestabilan serta kemakmuran negara.
    “Islam menyatukan umat menerusi solat berjamaah di masjid sehinggakan Nabi Muhammad SAW diarahkan membakar Masjid Dhirar yang dibina oleh munafikin (golongan munafik) bagi menyaingi Masjid Quba kerana bertujuan memecah-belahkan orang Islam di Madinah.
    “Tetapi malang sekali hari ini apabila perpaduan umat Islam dipecah-pecahkan dengan sebab kepartian,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
    Kenyataan Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama Umno itu dibuat ketika perpecahan kesan daripada pilihan raya Negeri (PRN) baru-baru ini terus ketara di negara ini.
    Ia diburukkan lagi dengan kenyataan Menteri Besar Kelantan Mohd Nassuruddin Daud yang menganggap dua wakil rakyat pembangkang di Negeri itu sebagai pihak yang “menentang perjuangan Islam”.
    Dua Adun terbabit ialah Dr Hafidzah Mustakim dan Mohd Syahbuddin Hashim yang masing-masing memenangi kerusi DUN Kota Lama dan Galas.
    Sepatutnya diperkukuhkan
    Kedua-dua mereka menuntut permohonan maaf daripada Nassuruddin dalam tempoh tujuh hari dan tindakan mahkamah akan diambil sekiranya dia gagal berbuat demikian.
    Bagaimanapun Nassuruddin menegaskan dia tidak akan memohon maaf, sebaliknya akan meneliti notis tuntutan daripada Adun PH dan BN itu.
    Khairuddin berkata pilihan raya merupakan medan untuk pihak yang berkenaan bersaing dalam politik secara sihat untuk mendapatkan kuasa.
    Malangnya kata Khairuddin ketika ini pilihan raya sudah menjadi punca pertikaian dan perpecahan termasuk dalam kalangan adik-beradik dan ahli keluarga.
    Khairuddin berkata, antara konsep berjamaah yang sering dilakukan dalam kehidupan seseorang ialah sewaktu di masjid apabila sembahyang dilaksanakan bersama-sama.
    Keadaan bagaimanapun berubah, katanya, apabila konsep itu tidak lagi dipertahankan malah menjadi tempat meleraikan perpaduan yang sepatutnya dibina.
    “Solat jemaah bermaksud solat perpaduan. Apabila masjid pula menjadi medan politik kepartian maka hancurlah perpaduan umat yang dibina menerusi ‘solat perpaduan’.
    “Apabila masjid dan surau dibina untuk kepentingan kelompok dan untuk memisahkan diri daripada jamaah umat Islam maka terungkailah perpaduan,” katanya.
    Dia yang juga bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS menjelaskan jemaah orang Islam seperti yang dijelaskan melalui hadis nabi merujuk kepada perpaduan untuk sesiapa saja yang mengucapkan syahadah.
    Ia, katanya, tidak merujuk kepada kelompok-kelompok tertentu yang menamakan diri mereka sebagai jemaah Islam.
    Langkah tindakan merujuk jemaah Islam hanya kepada kelompok tertentu itulah yang membawa kepada perpecahan dalam kalangan orang ramai kerana ia melahirkan ketaasuban serta berpuak-puak.
    “Inilah ancaman terhadap Islam dan perpaduan umat Islam yang sepatutnya wajib dibina dan diperkukuhkan,” kata Khairuddin.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts