Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKonsert tampilkan Baby Shima pindah ke Batu Kawan

    Konsert tampilkan Baby Shima pindah ke Batu Kawan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Lokasi konsert Viral Lagu-Lagu Tik Tok Malaysia yang menampilkan penyanyi gelek, Baby Shima dipindahkan ke Batu Kawan, Pulau Pinang. Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata penganjur bersetuju memindahkan lokasi konsert berkenaan. Ini selepas konsert yang dijadual berlangsung pada 30 Sept di Kepala Batas, George Town itu dilapor mendapat bantahan daripada penduduk setempat. “Saya difahamkan pihak penganjur pun setuju untuk pindah lokasi dan perkara ini boleh mereka uruskan dengan MBSP (Majlis bandaraya Seberang Perai) sebagai pihak yang mengeluarkan permit,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2023 Peringkat Negeri Pulau Pinang hari ini.

    Bagaimanapun, Chow berkata dia tidak mendapat maklumat mengenai perubahan tarikh konsert tersebut. Sejak Selasa, tular poster penganjuran konsert berkenaan yang antara lain menampilkan Baby Shima dan beberapa artis Indonesia.

    Semalam, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, konsert itu mendapat bantahan penduduk setempat di Kepala Batas kerana dikatakan tidak mengambil kira sensitiviti, lebih-lebih lagi diadakan dua hari selepas umat Islam meraikan sambutan Maulidur Rasul. Mohamad berkata, selaku Exco Pembangunan Agama Islam, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat, dia telah meminta pihak MBSP membatalkan kelulusan konsert tersebut.

    Namun katanya pihak penganjur memohon memindahkan lokasi konsert itu ke Batu Kawan dengan syarat-syarat tambahan. Sementara itu, Chow turut ditanya mengenai kritikan Pemuda DAP (DAPSY) terhadap tindakan Mohamad yang meminta MBSP membatalkan penganjuran konsert itu. DAPSY dalam satu kenyataan semalam berkata, langkah itu seolah-olah cuba menyaingi PAS yang bersifat konservatif.

    Chow bagaimanapun menegaskan kerajaan Negeri membuat keputusan berdasarkan nilai yang inklusif dan progresif. “Kita memang menawarkan perpaduan, progresif, inklusif dan nilai-nilai yang membawa kita ke hadapan,” katanya. Ditanya apakah ia bermaksud kerajaan Pulau Pinang masih mengalu-alukan pengajuran konsert di Negeri itu, Chow berkata “Tertakluk kepada syarat kelulusan, kita tak ada halangan apa-apa”.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts