Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKonsultan didakwa muat naik iklan palsu guna gambar Tengku Bendahara Kelantan

    Konsultan didakwa muat naik iklan palsu guna gambar Tengku Bendahara Kelantan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang konsultan perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen di Kota Bharu, hari ini atas pertuduhan memuat naik iklan palsu di Facebook yang kononnya sebuah kedai emas akan dirasmikan oleh Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra.

    Tertuduh, Khairul Khizaini Zamsani, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

    Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama-sama dengan dua orang yang telah dituduh iaitu, Aznizan Yusof, 47, dan Nor Asri Che Husin, 43, didakwa menggunakan laman sosial Facebook secara sedar dengan mewujudkan dan memulakan penghantaran iklan perasmian kedai emas A&K Gold and Jewelleries dengan menggunakan gambar Tengku Muhammad Fakhry Petra, yang tertuduh ketahui iklan itu adalah palsu.

    Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada 16 Okt tahun lepas padajam 6.55 petang di sebuah premis di Kampung Pasir Kota, mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad mencadangkan jaminan RM10,000 manakala tertuduh yang diwakili peguam Mohd Taufikrullah Rusli memohon jaminan dikurangkan.

    Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan dikehendaki melaporkan diri di Balai Polis Gong Badak, Terengganu setiap bulan dan menetapkan 14 Feb untuk sebutan semula kes.

    Pada Oktober tahun lepas, media melaporkan seorang pengurus dan pekerja kedai emas, Aznizan dan Nor Asri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kota Bharu hari ini atas pertuduhan menggunakan gambar Tengku Muhammad Fakhry Petra tanpa kebenaran untuk mengiklankan perasmian premis mereka di Facebook.

    ALSO READ:  Rasmi: Pertandingan empat penjuru di Kuala Kubu Bharu

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts