Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKorban rakyat Palestin di Gaza hampiri 28,000

    Korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 28,000

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jumlah kematian penduduk Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 27,947 orang, menurut Kementerian Kesihatan di wilayah terkepung itu pada Jumaat.

    Dalam satu kenyataan media, kementerian itu menyatakan bahawa seramai 67,459 warga Palestin telah cedera sejak konflik Israel-Hamas bermula pada 7 Oktober yang lalu, seperti yang dilaporkan oleh Agensi Berita Xinhua.

    Menurut kementerian, tentera Israel telah membunuh 107 rakyat Palestin dan mencederakan 142 yang lain dalam tempoh 24 jam yang lepas, dengan beberapa mangsa masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan.

    Sumber keselamatan Palestin dan saksi-saksi telah melaporkan bahawa pesawat Israel telah melancarkan beberapa siri pengeboman yang menyasarkan beberapa rumah di kawasan perumahan di Bandaraya Gaza, termasuk al-Rimal, al-Sabra, al-Zaytoun, Tal al-Hawa and Sheikh Ajlin.

    Menurut sumber-sumber yang dikutip, ambulans tidak dapat memasuki lokasi pengeboman kerana serangan udara dan artileri dari pihak Israel, disamping serangan dron yang menyasarkan setiap benda yang bergerak di kawasan tersebut.

    Sementara itu, sumber dari kalangan petugas perubatan mengatakan bahawa sekurang-kurangnya lapan penduduk Palestin telah terbunuh dalam pengeboman yang menyasarkan dua buah rumah di Rafah, sebuah bandar di bahagian selatan Gaza.

    Paramedik di Khan Younis, juga di bahagian selatan Gaza, telah melaporkan bahawa beberapa lelaki telah terbunuh dalam serangan artileri Israel, manakala seorang lelaki lagi dan seorang warga emas telah terbunuh akibat tembakan dari tentera rejim di Hospital Nasser di bandar tersebut.

    Selain itu, beberapa penduduk Palestin telah terbunuh dan beberapa lagi cedera akibat pengeboman pesawat Israel ke atas sebuah rumah di bandar Deir el-Balah di tengah-tengah Gaza.

    – Bernama-Xinhua

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts