Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKPDN rampas 13,300 liter diesel subsidi di Kedah

    KPDN rampas 13,300 liter diesel subsidi di Kedah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah berhasil merampas sebanyak 13,300 liter minyak diesel bersubsidi dalam dua serbuan Ops Tiris 3.0 di Changlun dan Bukit Kayu Hitam, Kedah, minggu lepas.

    Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam dalam kenyataan berkata pada serbuan kira-kira 11.40 malam itu, pasukan penguat kuasa KPDN Putrajaya turut berjaya menahan sembilan lelaki yang mengaku bekerja di kedua-dua premis terbabit.

    Menurut beliau, sindiket yang terlibat mempunyai modus operanandi iaitu mengisi minyak diesel daripada beberapa buah stesen minyak di sekitar Changlun dan Bukit Kayu Hitam menggunakan lori yang telah diubah suai.

    Minyak tersebut kemudiannya akan dibawa ke stor haram sebagai tempat untuk menyimpan dan memindahkan minyak diesel sebelum dijual di pasaran gelap,” katanya.

    Selain itu, penguat kuasa KPDN juga berjaya menyita sebuah lori, beberapa tangki IBC yang berisi minyak diesel, pam bermotor, paip penyambung, beberapa dokumen berkaitan serta peralatan lain yang bernilai keseluruhan RM75,745.

    Dia berkata siasatan lanjut dijalankan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat dalam aktiviti serta rantaian pengedaran selain sumber minyak diesel tersebut.

    Dalam hal ini, individu yang sabit kesalahan boleh didenda RM1 juta dan bagi kesalahan berikutannya RM3 juta atau kedua-duanya. Manakala syarikat pula, boleh didenda RM2 juta dan RM5 juta bagi kesalahan berulang.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts