Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKPKM tidak akan lindungi pihak terbabit kartel padi, beras

    KPKM tidak akan lindungi pihak terbabit kartel padi, beras

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menegaskan tidak akan melindungi jika ada mana-mana pihak yang didapati terlibat dengan aktiviti kartel padi dan beras di negara ini.

    Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu menjelaskan perkara itu dalam hantaran di laman Facebook beliau hari ini berikutan pertanyaan oleh sesetengah pihak mengenai isu tersebut baru-baru ini.

    Sehubungan itu, beliau berkata KPKM sentiasa bersedia menyalurkan sebarang maklumat kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sekiranya benar wujud kartel padi serta beras dan tidak akan mencampuri sebarang urusan siasatan oleh MyCC.

    “Antara skop tugas MyCC ini adalah menyiasat kewujudan kartel dalam ekonomi negara kita.

    “Soalan ni saya dah jawab beberapa kali sebelum ini tapi mungkin mereka terlepas pandang.

    “Moga penjelasan ini dapat memberikan pencerahan kepada semua,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts