Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKPKT diarah kompaun individu buang sampah dari kenderaan

    KPKT diarah kompaun individu buang sampah dari kenderaan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengeluarkan kompaun serta-merta terhadap individu yang membuang sampah keluar dari kenderaan.

    Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata arahan itu dibuat susulan tularnya gambar menunjukkan longgokan sampah yang bertaburan di tepi jalan menyebabkan pekerja PBT perlu melakukan kerja pembersihan.

    “PBT akan mengeluarkan kompaun dan pastikan ia dibayar. Tindakan tegas akan diambil dan kamu yang buang sampah kena bertanggungjawab.

    “Kita semua ada pergi sekolah. Kita semua ada pendidikan sivik maka tanggungjawab semua pihak untuk menjaga kebersihan awam. Bukan sahaja kita serah kepada pekerja-pekerja PBT.

    “Kita pun tahu cuaca sekarang panas terik, kasihanilah pekerja-pekerja kita ini yang bertungkus-lumus untuk menjaga kebersihan awam,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program Meriah Beraya di sebuah pusat beli-belah di Ipoh hari ini.

    Mengenai gambar longgokan sampah yang tular itu, Nga berkata perkara itu amat dikesali dan semua pihak diminta bertanggungjawab membuang sampah di tempat sepatutnya, selain menggunakan tong sampah disediakan bagi memastikan kebersihan kawasan sekitar.

    “Oleh kerana itu, jika hendak makan dalam kereta, bungkusan itu letak dalam kereta dulu. Apabila sampai ke kampung halaman, barulah angkat keluar, buang dalam tong sampah.

    “Bukan dengan suka hati buang di tepi jalan dan harap orang lain iaitu pekerja kita kutip untuk anda,” katanya.

    Dalam pada itu, Nga yang juga Adun Kepayang berkata KPKT telah menggerakkan hampir kesemua jenteranya untuk memastikan kebersihan awam menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

    Sebelum ini tular beberapa gambar di media sosial menunjukkan sampah termasuk bungkusan makanan dan minuman bertaburan di sepanjang jalan dipercayai di laluan Kuala Lipis, Pahang ke Gua Musang, Kelantan dengan pekerja pembersihan mengutip sisa berkenaan.

    ALSO READ:  'Anwar pakar kerajaan pintu belakang' - Dr M nafi terlibat Langkah Dubai

    Dalam majlis semalam Nga turut menyampaikan baucer sumbangan hari raya berjumlah RM22,500 kepada 150 keluarga di dalam kawasan DUN Kepayang.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts