Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil langkah untuk memperkasa penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid melalui pembudayaan amalan membaca akhbar di sekolah.
Bagi menjayakan langkah ini, KPM telah mengumumkan bahawa sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia digalakkan untuk melanggan akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia, dan Sinar Harian yang merupakan akhbar utama berbahasa Melayu di negara ini.
“Pembelian akhbar boleh dilakukan terus oleh pihak sekolah menggunakan peruntukan sedia ada,” menurut kenyataan itu.
KPM menyatakan bahawa inisiatif ini dapat membantu meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan murid.
– Bernama