Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKPM giat laksana inisiatif bagi reformasi pendidikan negara

    KPM giat laksana inisiatif bagi reformasi pendidikan negara

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Pendidikan (KPM) sedang giat melaksanakan pelbagai inisiatif penting bagi mereformasikan pendidikan negara termasuk penstrukturan semula sistem prasekolah, kurikulum persekolahan 2027 dan intervensi kurikulum bagi menangani keciciran pembelajaran.

    KPM dalam kenyataan memaklumkan kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan di bawahnya dalam memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada peringkat awal.

    Menurut KPM tumpuan turut diberi kepada pembangunan profesionalisme guru dengan pelbagai program ditawarkan untuk meningkatkan kompetensi dan profesionalisme guru dalam perkhidmatan.

    “Terkini, KPM memperkenalkan platform Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) bagi memenuhi keperluan kompetensi digital guru,” menurut kenyataan itu hari ini.

    KPM memaklumkan Laporan Bank Dunia bertajuk Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.

    Menurut kenyataan itu, perkara utama yang disentuh dalam laporan Bank Dunia seperti kualiti dan akses pendidikan prasekolah, kecekapan murid serta pembangunan profesionalisme guru sememangnya berada dalam perhatian KPM.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts