Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKPM: Murid dibenar pakai busana tradisi hadir aktiviti seni budaya

    KPM: Murid dibenar pakai busana tradisi hadir aktiviti seni budaya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Semua murid dibenarkan memakai pakaian tradisi mengikut kaum masing-masing dan pakaian tradisi kaum lain sewaktu menghadiri aktiviti kebudayaan dan kesenian di sekolah, menurut Kementerian Pendidikan (KPM), hari ini. KPM, dalam kenyataan, memaklumkan kebenaran itu adalah berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 3/1984: Garis Panduan Mengenai Aktiviti-Aktiviti Kebudayaan di Sekolah-Sekolah, yang menetapkan kebenaran memakai pakaian tradisi yang bersesuaian dan sopan sewaktu menghadiri aktiviti kebudayaan dan kesenian.

    “Kebenaran juga diberi kepada murid-murid untuk memakai hiasan tambahan seperti gelang, rantai dan aksesori mengikut kesesuaian pakaian tradisi,” menurut kenyataan itu.

    Isu berkenaan merujuk kepada laporan sebuah portal berita mengenai sebuah sekolah di Selangor yang didakwa menghalang pelajar daripada berpakaian tradisional kaum lain semasa sambutan Hari Kebangsaan.

    KPM memaklumkan isu berkenaan telah diselesaikan dengan baik selepas pihak sekolah terbabit mengambil langkah proaktif dengan mengadakan perbincangan bersama wakil ibu bapa dan murid-murid.

    Katanya, penambahbaikan kepada penganjuran aktiviti yang dirancang dilakukan oleh pihak sekolah dan isu yang berbangkit dapat diselesaikan dengan baik.

    “KPM sentiasa menggalakkan penglibatan murid-murid dalam aktiviti kebudayaan dan kesenian yang bertujuan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts