Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKPM: Sekolah diarah sedia laporan insiden pelajar dibuli lari asrama

    KPM: Sekolah diarah sedia laporan insiden pelajar dibuli lari asrama

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengarahkan pihak sekolah menyediakan laporan lengkap berhubung insiden seorang pelajar tingkatan dua melarikan diri dari asrama sebuah sekolah menengah di Cheras, Kuala Lumpur kerana mendakwa tidak tahan dibuli.

    Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata KPM akan mengambil tindakan selanjutnya selepas menerima laporan lengkap dan menjalankan siasatan berhubung kejadian buli tersebut.

    “ā€¦ ia dalam radar kita, kami telah arahkan sekolah buat laporan lengkap untuk diserahkan kepada kepada KPM, kami akan tunggu laporan tersebut sebelum mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.

    KPM dalam kenyataan semalam memaklumkan pihak kementerian sedang menyiasat dakwaan buli membabitkan pelajar itu dan akan memastikan perkara tersebut diselesaikan segera.

    Terdahulu, Lim yang juga ahli parlimen Tanjung berkata sebanyak RM400,000 diperuntuk bagi menaik taraf papan di Jeti Chew dan Jeti Lim di George Town bagi memastikan ia dalam keadaan selamat serta selesa kepada pengunjung.

    Dia berkata kedua-dua jeti merupakan sebahagian daripada tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

    “Saya berpuas hati dengan kerja-kerja naik taraf papan di jeti terbabit kerana kawasan tersebut memang sering menjadi tumpuan orang ramai terutama pelancong asing, jadi kami mahu memastikan papan jeti dalam keadaan selamat dan selesa kepada pengunjung.

    “Sekarang hanya tinggal kerja-kerja memasang lampu di Jeti Chew dan ia tidak dapat disiapkan kerana paras air menyebabkan kerja-kerja ini terpaksa ditunda,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kedua-dua jeti hari ini.

    Terdapat empat lagi jeti membabitkan perkampungan terapung terdiri daripada keluarga berketurunan Tan, Lee, Yeoh serta satu berketurunan campuran dipanggil ‘Mixed Clan Jetty’ dan kini kesemuanya menjadi lokasi pelancongan di Pulau Pinang.

    ALSO READ:  Migrant caravan spends Christmas on the road before heading to U.S. border

    Kawasan perkampungan nelayan atas laut itu sering menjadi tumpuan pengunjung termasuk dari luar negara terutama China dan Singapura.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time šŸš€

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts