Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKPM sentiasa tambah baik pentaksiran bilik darjah

    KPM sentiasa tambah baik pentaksiran bilik darjah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menyatakan bahawa proses pemantapan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBD) sedang berjalan dari semasa ke semasa dan kaedah tersebut sentiasa diperbaiki termasuk dengan mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan dan ibu bapa.

    “Malah kita di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga merujuk kepada pakar serta dalam masa yang sama memastikan guru-guru dilatih dan terlibat dengan latihan pengukuhan.

    “Ini adalah untuk memastikan bahawa guru-guru tersebut ditingkatkan dari segi prestasi, kompetensi dan kecekapan mereka untuk membuat penilaian serta berinteraksi dengan ibu bapa untuk memahamkan mereka tentang bagaimana pentaksiran itu dilaksanakan,” katanya kepada pemberita di Nibong Tebal semalam.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai usaha KPM untuk memperkemaskan pelaksanaan PBD di sekolah.

    Fadhlina, yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, ditemui selepas merasmikan Majlis Penutupan Sesi Libat Urus Bersama Lembaga Pengelola Sekolah Pulau Pinang (LPS) dan Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) di Nibong Tebal.

    Sebelum ini, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Anuar Ahmad dilaporkan mengatakan bahawa PBD adalah satu langkah yang baik tetapi jika dilaksanakan dengan tidak tepat maka akan berlaku kekeliruan dalam kalangan guru dan ibu bapa.

    Anuar turut menyatakan bahawa guru-guru juga tidak dapat melaksanakan PBD dengan berkesan disebabkan jumlah murid yang terlalu ramai di dalam kelas.

    Mengulas lanjut, Fadhlina menyatakan bahawa penting untuk memahamkan semua pihak khususnya ibu bapa bagaimana pentaksiran itu dilakukan oleh para guru di sekolah.

    PBD adalah kaedah terbaik untuk memastikan proses menilai aspek intelek, emosi, rohani, jasmani dan sosial murid dijalankan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    ALSO READ:  'Rujuk perbincangan jawatankuasa teknikal tangani pertindihan syariah, sivil'

    Sementara itu, Fadhlina menyatakan bahawa KPM sedang giat menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) di semua sekolah bermula 10 Januari lalu dan dijangka selesai pada 11 Februari ini.

    “Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM788.17 juta BAP kepada 5.5 juta pelajar di seluruh negara,” katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts