Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKPM serah siasatan kes guru pukul rakan sekerja pada polis

    KPM serah siasatan kes guru pukul rakan sekerja pada polis

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes seorang guru lelaki dipercayai memukul rakan sekerjanya di sebuah sekolah rendah di daerah Kemaman, Terengganu, Ahad lepas.

    Menteri berkaitan Fadhlina Sidek berkata kementeriannya akan bekerjasama dengan polis berhubung kes itu.

    “Kes itu sedang dalam siasatan dan kita menyerahkan kepada polis dan kementerian akur dengan semua tindakan yang dibuat polis,” katanya ketika diminta mengulas mengenai perkembangan siasatan.

    Beliau berkata demikian selepas Majlis Peluncuran Bahan Enhancing Reading Through Digital Text di bawah Program Literasi untuk Murid Orang Asli dan Peribumi di Sekolah Kebangsaan Kuala Betis di sini hari ini.

    Sebelum ini, Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan dilapor berkata guru lelaki terbabit berusia 49 tahun ditahan di sebuah kuarters guru kira-kira 9.30 malam semalam.

    Sementara itu, mengulas isu vape menggunakan cecair jenis magic mushroom yang dijual secara berleluasa dan dimiliki dalam kalangan pelajar sekolah, Fadhlina berkata perkara itu dalam perhatian pihaknya.

    “Pengarah bahagian sekolah harian juga telah dimaklumkan soal itu dan pihak sekolah telah mengeluarkan garis panduan pengharaman vape di sekolah-sekolah,” katanya sambil menambah ibu bapa perlu memantau aktiviti anak-anak mereka.

    Tambahnya sekiranya pelajar menghisap dan membawa vape di sekolah, guru-guru boleh mengambil tindakan tetapi di luar sekolah mereka perlu diawasi ibu bapa.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts