Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKPM siasat kes buli pelajar sekolah

    KPM siasat kes buli pelajar sekolah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan berkompromi dengan kesalahan buli di semua institusi pendidikan di bawah kawalannya. Kementerian Pendidikan telah menjalankan siasatan berkenaan dengan video yang tular melalui media sosial yang melibatkan kesalahan buli terhadap pelajar sekolah untuk memastikan perkara tersebut diselesaikan dengan segera. Langkah awal ini berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 12 Tahun 2023: Pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Kesalahan Buli di Institusi Pendidikan Bawah KPM.

    Menurut kenyataan dari Kementerian Pendidikan, langkah-langkah yang diambil termasuklah menghubungi ibu bapa atau penjaga, menjalankan siasatan telus dan terperinci, melaporkan kes kepada Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada semua murid yang terlibat. Pihak sekolah juga diminta memastikan tindakan disiplin diambil ke atas murid yang bersalah dan rekod tindakan tersebut kerana KPM tidak akan berkompromi dengan kesalahan buli di semua institusi pendidikan di bawah kawalannya.

    Video rakaman seorang remaja dilihat duduk di atas badan mangsa ketika mereka bergelut di kawasan semak dan kemudian mengambil plastik berisi daun kering sebelum membuangnya ke atas kepala mangsa menjadi tular melalui media sosial semalam.

    KPM turut menyeru semua pihak termasuk media dan orang ramai untuk mematuhi peruntukan undang-undang dengan tidak menyebarkan identiti kanak-kanak yang terlibat dalam kesalahan buli. Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) melindungi identiti kanak-kanak yang terlibat dalam kes jenayah dan masyarakat juga diminta untuk tidak menganggap remeh kesalahan buli.

    Aduan kesalahan buli dan ganguan seksual boleh dibuat melalui talian khas Aduan Buli, aplikasi WhatsApp, e-mel [[email protected]](https://www.malaysiakini.com/cdn-cgi/l/email-protection) dan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts