Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'KPM tak pernah halang nyanyian lagu tradisi'

    ‘KPM tak pernah halang nyanyian lagu tradisi’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak pernah menghalang nyanyian lagu tradisi dalam pelaksanaan acara bahasa, seni dan kebudayaan, menurut Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP).

    “KPM prihatin mengenai isu tular berkenaan larangan nyanyian lagu tradisi sewaktu penganjuran Karnival Bahasa Tamil Peringkat Kebangsaan Tahun 2023.

    “Merujuk kepada isu yang berbangkit JPNPP telah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan perkara ini tidak berulang pada masa hadapan,” menurut kenyataan itu.

    Menurut jabatan itu, penganjuran acara sedemikian sentiasa digalakkan kerana ia dapat meningkatkan minat murid selain memupuk semangat perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum.

    Terdahulu, media melaporkan Exco Pulau Pinang Saundarajoo Somu dan Adun Bagan Dalam Kumaran Krishnan menggesa Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan berhubung dakwaan larangan menyanyikan lagu “Kadavul Valthu” dan “Tamil Valthu” dalam Majlis Perasmian Karnival Bahasa Tamil Peringkat Kebangsaan 2023 anjuran KPM.

    Majlis itu diadakan di sebuah hotel di Kepala Batas semalam.

    Sundarajoo yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Sekolah-Sekolah Tamil Pulau Pinangohh turut mendakwa sepanduk yang memaparkan gambar tokoh kesusasteraan dan falsafah Tamil, Thiruvalluva dihalang daripada digunakan.

    -Bernama

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak pernah menghalang nyanyian lagu tradisi dalam pelaksanaan acara bahasa, seni dan kebudayaan, menurut Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP). “KPM prihatin mengenai isu tular berkenaan larangan nyanyian lagu tradisi sewaktu penganjuran Karnival Bahasa Tamil Peringkat Kebangsaan Tahun 2023. Merujuk kepada isu yang berbangkit JPNPP telah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan perkara ini tidak berulang pada masa hadapan,” menurut kenyataan itu. Menurut jabatan itu, penganjuran acara sedemikian sentiasa digalakkan kerana ia dapat meningkatkan minat murid selain memupuk semangat perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum.

    ALSO READ:  SPRM: Menantu Muhyiddin lari selepas disenarai 'wanted list'

    Terdahulu, media melaporkan Exco Pulau Pinang Saundarajoo Somu dan Adun Bagan Dalam Kumaran Krishnan menggesa Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan berhubung dakwaan larangan menyanyikan lagu “Kadavul Valthu” dan “Tamil Valthu” dalam Majlis Perasmian Karnival Bahasa Tamil Peringkat Kebangsaan 2023 anjuran KPM. Majlis itu diadakan di sebuah hotel di Kepala Batas semalam.

    Sundarajoo yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Sekolah-Sekolah Tamil Pulau Pinangohh turut mendakwa sepanduk yang memaparkan gambar tokoh kesusasteraan dan falsafah Tamil, Thiruvalluva dihalang daripada digunakan. -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts