Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKPM tangani isu anak murid jadi kandungan media sosial guru

    KPM tangani isu anak murid jadi kandungan media sosial guru

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan bahawa mereka serius dalam menangani isu guru yang menggunakan anak murid dalam kandungan media sosial, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. Beliau mengatakan garis panduan telah dikeluarkan untuk memastikan perlindungan diberikan kepada anak-anak murid.

    “Kita dalam keadaan kebanjiran idola, kemarau tauladan… adalah besar harapan saya untuk melihat warga pendidik menjadi suri teladan dalam masyarakat. Rakyat Malaysia itu adalah refleksi kepada gurunya, guru yang berintegriti, guru yang beradab tinggi dan guru yang berakhlak,” katanya ketika berucap pada majlis Sambutan Hari Malaysia di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, di Kuching, malam tadi.

    Tambah Fadhlina, pendidikan manusiawi itu penting dalam usaha kerajaan hari ini untuk membina Malaysia Madani dan pada penghujung bulan ini KPM akan mengeluarkan satu garis panduan dalam menangani kes buli, jenayah seksual dan perkauman.

    “Kita tidak akan benarkan sesekali berlaku dalam institusi kita… dan guru adalah barisan hadapan bagi memastikan bahawa ketiga-tiga dosa besar ini tidak akan berlaku dalam institusi pendidikan,” katanya.

    Pada majlis itu, Fadhlina turut mengumumkan memperuntukkan RM150,000 dari KPM kepada Institut Pendidikan Guru Batu Lintang untuk penyelenggaraan kerja-kerja kecil.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts