Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKSM arah tindakan tegas pada majikan aniaya pekerja

    KSM arah tindakan tegas pada majikan aniaya pekerja

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Sumber Manusia (KSM) sentiasa mengambil perhatian terhadap laporan aduan pengurusan berkaitan pekerja domestik asing antaranya majikan tidak membayar gaji dan tindakan tegas telah dikenakan kepada majikan yang melanggar undang-undang terutama Akta Kerja 1955 (Akta 265).

    Menterinya V. Sivakumar berkata beliau telah mengarahkan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana majikan yang menganiayai pekerja mereka seiring dengan aspirasi KSM untuk memastikan Malaysia bebas daripada amalan buruh paksa.

    “Memang dari semasa ke semasa ada kes berkaitan pekerja domestik dan tindakan telah diambil. JTK telah pergi dan lihat serta selamatkan mereka (pekerja) dan tindakan sewajarnya telah diambil dalam kes-kes sebelum ini.

    “Kalau ada kes seperti ini berterusan, maka tindakan terhadap majikan dan kita tidak akan memberi muka kepada mana-mana majikan yang tidak mahu menjaga pekerja mereka,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Deepavali KSM 2023 di Putrajaya, semalam.

    Sivakumar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Duta Besar Indonesia ke Malaysia Datuk Hermono semalam yang dilaporkan berkata kira-kira 90 peratus aduan diterima Kedutaan Indonesia berkaitan pekerja domestik menunjukkan trend membimbangkan antaranya tidak dibayar gaji bulanan termasuk ada pekerja tidak menerima bayaran selama 19 tahun.

    “Saya tidak menafikan tidak ada kes tetapi KSM sentiasa waswas dan sedia mengambil tindakan terhadap mana-mana majikan yang menyalahgunakan kuasa mereka untuk mendiskriminasi terhadap mana-mana pekerja terutama dari segi amalan buruh paksa,” menurut Sivakumar.

    Beliau turut meminta Kedutaan Besar Indonesia untuk membuat laporan dengan segera berkaitan isu penganiayaan pembantu rumah Indonesia di negara ini agar JTK dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap majikan yang mengabaikan dan cuai dalam isu pengurusan pekerja domestik.

    ALSO READ:  PM sasarkan Radzi secara sistematik - peguam Bersatu

    Dalam perkembangan lain, Sivakumar berkata Dasar Gaji Progresif akan menjadi pelengkap kepada Dasar Gaji Minimum agar pekerja berkemahiran dan mempunyai produktiviti tinggi mendapat pendapatan yang lebih baik berbanding gaji minimum RM1,500 yang diamalkan hari ini.

    Beliau berkata walaupun dasar gaji minimum penting untuk negara dalam memastikan setiap pekerja tidak kira tempatan atau pekerja asing menerima satu gaji minimum, perlu juga dilihat kepada model lain berdasarkan produktiviti daripada pekerja.

    Menurut Sivakumar Dasar Gaji Progresif telah dibincangkan secara terperinci dan mendapat kelulusan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

    Pada 8 Nov lepas, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dilaporkan berkata Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif akan dibentangkan di Parlimen pada 30 Nov ini bagi menerangkan secara lebih terperinci berkaitan dengan ciri-ciri asas dan mekanisme pelaksanaannya.

    Rafizi berkata Dasar Gaji Progresif dibuat bagi membantu negara mencapai sasaran bahagian pampasan pekerja sebanyak 45 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dalam tempoh 10 tahun.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts