Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKualiti bahas pembangkang masih kurang isi, kata Pua

    Kualiti bahas pembangkang masih kurang isi, kata Pua

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bekas ahli parlimen Damansara Tony Pua berkata kualiti perbahasan di kalangan wakil rakyat pembangkang hari ini, masih ‘kurang isi’. Oleh yang demikian, kata Pua wakil rakyat daripada kedua belah pihak perlu meluangkan lebih banyak usaha bagi mengkaji serta memahami asas-asas dasar dan polisi awam. “Salah satu perkara paling ketara anda lihat hari ini dalam perbahasan di parlimen, bukanlah saya mengikuti dengan sangat dekat, adalah benar-benar hampir tiada isi pada perbahasan dalam kalangan wakil-wakil pembangkang. “Isu-isu dan topik (yang dibangkitkan ahli parlimen pembangkang) sentiasa bersifat satu dimensi – (contohnya) tentang kaum, agama, arak dan pakaian. “Mentadbir negara melibatkan banyak perkara-perkara lain dan anda hanya mahu cakap tentang kaum, penggunaan bahasa, isu-isu agama, arak dan pakaian. “Itu sahajakah anda boleh cakap,” soal Pua.

    Pua menambah isu-isu yang dibangkitkan di parlimen lebih baik ketika PH menjadi pembangkang. Dia berkata demikian dalam sebuah podcast yang dihoskan oleh seorang lagi rakannya dalam DAP, Ong Kian Ming. Ong yang juga bekas ahli parlimen Bangi turut bertanya pendapat Pua mengenai pembentukan kabinet bayangan oleh pakatan pembangkang sebagai semak dan imbang kerajaan hari ini. Pua berkata menubuhkan kabinet bayangan berfungsi dalam teori, tetapi realitinya ia membawa permasalahan yang berbeza, seperti memberikan portfolio Menteri kepada parti yang berbeza dalam sesebuah gabungan. “Kita mempunyai tiga parti dalam gabungan kerajaan jadi mengapa perlu ada parti tertentu menjadi Menteri bayangan (kementerian tertentu) “Katakan jika (bayangan) Menteri kewangan adalah seorang Cina atau India, (orang akan bertanya) mengapa. “Pertikaian ini tidak hanya akan berlaku dalam gabungan parti tetapi juga dalam kalangan orang awam tentang bayangan sebelum ‘peranang’ atau pilihan raya sebenar. Ia tidak berbaloi,” katanya.

    ALSO READ:  DBKL diarah segera tebang pokok berisiko tinggi

    Sebaliknya, Pua mencadangkan membentuk jawatankuasa yang disertai oleh ahli setiap parti bagi membincangkan dasar-dasar, yang mana ia merupakan pendekatan PH sebelum ini. Ditanya adakah itu merupakan strategi yang berjaya, Pua berkata ia adalah pilihan yang paling praktikal. “Walaupun Menteri kabinet bayangan dilantik, individu tersebut perlu bergantung pada pasukan untuk mencipta dasar-dasar bayangan.”Bagi saya, kemungkinan berdepan dengan pertikaian mengenai jawatan yang tidak begitu penting sebelum pilihan raya akan mengatasi sebarang kelebihan daripada melantik kabinet bayangan,” jelasnya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts