Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Kuari di Pos Perwor tutup sementara susulan pencemaran air kampung Orang Asli'

    ‘Kuari di Pos Perwor tutup sementara susulan pencemaran air kampung Orang Asli’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) mengeluarkan arahan kepada operator dilantik supaya menghentikan sementara pengoperasian kuari susulan aduan sumber air tercemar yang dihadapi penduduk Orang Asli Kampung Kelatap, Pos Perwor dekat Sungai Siput.

    Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata notis tersebut dikeluarkan oleh pihak MB Inc pada 12 Jan lepas bagi memastikan kerja-kerja pemulihan dilaksanakan serta-merta.

    “Antara kerja-kerja pemulihan yang perlu disegerakan termasuklah meratakan tanah di kawasan yang telah dibuka selain membina ban bagi mengelak berlakunya laluan air mengalir ke kawasan tadahan air.

    “Kerja-kerja ini juga telah dijalankan sejak 13 Jan lepas sehingga kini oleh pihak operator yang melaksanakan projek tersebut,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke-150 Bandar Taiping, hari ini.

    Dia berkata melalui siasatan, pencemaran didapati berlaku akibat pembukaan tanah bagi kolam mendapan di kawasan yang sepatutnya tidak disentuh dan pelepasan sisa buangan daripada tangki septik yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan dalam kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).

    Saarani Mohamad

    “Siasatan dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) serta pihak MB Inc dan daripada dapatan maklumat, kita akui pencemaran berlaku akibat daripada dua faktor tersebut,” katanya.

    Selain itu, Saarani berkata kelulusan bagi projek perlombongan kuari itu telah bermula sejak September tahun lalu setelah mendapat kelulusan daripada agensi teknikal berkaitan.

    “Kita harapkan segala kerja-kerja pemulihan ini dapat dilaksanakan sebaiknya dan paling penting penduduk Orang Asli di kawasan itu akan kembali mendapat bekalan air bersih sepertimana sebelum ini,” katanya.

    Semalam, lebih 100 penduduk Orang Asli Kampung Kelatap, Pos Perwor dekat Sungai Siput bimbang dengan ancaman penyakit apabila sumber air bukit kegunaan harian mereka didakwa telah tercemar akibat projek kuari tersebut.

    ALSO READ:  South Africa calls for limit on livestock movement amid FMD outbreak

    Penduduk mendakwa sudah lebih dua tahun menggunakan air yang dicemari najis dan bahan buangan daripada tandas rumah kongsi pekerja di tapak projek tersebut.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts