Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKuasa Agong isytihar darurat tak boleh diadili oleh mahkamah

    Kuasa Agong isytihar darurat tak boleh diadili oleh mahkamah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dalam mengisytiharkan Darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan adalah perkara yang tidak boleh diadili oleh mahkamah.

    Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam penghakimannya berkata meskipun pengisytiharan Darurat dilakukan oleh YDPA mengikut Perkara 150, Perkara 150(8) Perlembagaan Persekutuan tidak bercanggah dengan struktur asas Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh dibatalkan di bawah Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.

    “Walaupun peruntukan perlembagaan itu dari segi klausa penyingkiran akan dianggap sebagai ‘menutup pintu-pintu mahkamah’ kelihatan agak keras dan tidak adil, penyelesaiannya terletak kepada badan perundangan dan bukan mahkamah,” katanya keputusan membabitkan saman pemula difailkan oleh peguam Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar.

    Beliau turut menolak permohonan kerajaan untuk membatalkan saman Syed Iskandar terhadap keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang enggan bertindak atas nasihat Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk mengisytiharkan darurat.

    Pada November 2020, Syed Iskandar yang memfailkan saman itu dengan menamakan kerajaan Malaysia dan 10 lagi sebagai defendan, memohon mahkamah memutuskan antara lain sama ada, berdasarkan Perkara 40 dan 150 Perlembagaan Persekutuan, YDPA memiliki kuasa mutlak untuk mengisytiharkan darurat meskipun Perdana Menteri atau Kabinet menasihatkan sebaliknya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts