Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKubang Pasu dilanda ribut, puting beliung

    Kubang Pasu dilanda ribut, puting beliung

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Beberapa rumah di daerah Kubang Pasu mengalami kerosakan termasuk bumbung tercabut akibat ribut dan puting beliung dalam kejadian kira-kira 3.30 petang tadi. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata pihaknya menerima laporan kejadian melibatkan Kampung Pida 3 dan Pida 4 Baru itu kira-kira 15 minit kemudian daripada orang awam. “Susulan hujan lebat serta puting beliung yang melanda Kubang Pasu, beberapa rumah telah terjejas dan mengalami kerosakan harta benda,” katanya dalam kenyataan.

    Dia berkata tindakan sedang diambil oleh Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kubang Pasu antaranya melakukan pemantauan serta membantu membersihkan kawasan terjejas. Menurut Mohd Adenin pihak PKOD juga sedang mengumpul maklumat kejadian, butiran mangsa dan menasihatkan penduduk terlibat membuat laporan polis. “Keadaan terkawal dan tiada mangsa cedera,” katanya dan menambah jumlah rumah terjejas masih belum diketahui.

    Sementara itu, hujan lebat serta ribut turut dilaporkan berlaku di daerah Pokok Sena dan Kuala Muda yang menyebabkan kerosakan harta benda penduduk termasuk satu kemalangan maut. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata antara lokasi terjejas di Kuala Muda ialah Kampung Sungai Rotan, Kampung Sungai Badak, Kampung Batu, Taman Gurun Jaya serta Kampung Baru Bedong. “Di Kuala Muda berlaku angin kencang, hujan lebat dan pokok tumbang pada 5.30 petang tadi yang mengakibatkan kejadian ribut. Jumlah keluarga dan mangsa terlibat sedang dikenal pasti,” katanya.

    Di Pokok Sena, kejadian sama menyebabkan pokok tumbang dan menghempap sebuah kereta di Jalan Kampung Bukit Payong kira-kira 3.20 petang. Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pokok Sena Pegawai Bomba Kanan II Shahrin Musa berkata pemandu kereta itu iaitu seorang lelaki warga emas, Ool Book Khak, 74, meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di dalam kenderaannya. -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts