Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKuil sumbang RM10,000 bantu rakyat Palestin

    Kuil sumbang RM10,000 bantu rakyat Palestin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Persatuan Penganut Dewi Sri Maha Mariamman Kuil Sri Maha Mariamman Ladang Subang, di Subang Jaya menyumbang RM10,000 kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) bagi membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin akibat kekejaman rejim zionis Israel.

    Presiden persatuan, V. Karuppiah berkata jumlah sumbangan yang dikutip selama dua bulan itu merupakan hasil derma masyarakat di sekitar kawasan Ladang Subang.

    “Kita lihat banyak kalangan wanita dan kanak-kanak yang menderita di bumi Palestin, jadi kita cuba sedaya upaya membantu mereka tanpa mengira bangsa dan agama kerana kita semua adalah manusia,” katanya kepada Bernama selepas sidang media penyerahan sumbangan dana kepada AAKRP di Kuil Sri Maha Mariamman Ladang Subang, di Subang Jaya hari ini.

    Menurut Karuppiah persatuan itu yang julung kali memberikan sumbangan bersifat kemanusiaan, akan terus mengumpul dana pada masa akan datang untuk membantu rakyat Palestin.

    Sementara itu, Setiausaha Bahagian, Bahagian Asia Barat Kementerian Luar Negeri Datuk Zahairi Baharim berkata bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin menerusi Ops Ihsan yang seterusnya akan mula dihantar ke Palestin pada pertengahan bulan ini.

    “Insya-Allah dengan sokongan semua pihak kita akan berusaha menghantar muatan lebih besar menggunakan pesawat besar yang boleh membawa muatan seberat 60 tan,” katanya dalam sidang media itu.

    Beliau berkata barangan tersebut yang kini dalam proses pembungkusan terdiri daripada ubat-ubatan dan keperluan musim sejuk kerana Palestin akan beralih ke musim sejuk tidak lama lagi.

    Ditanya mengenai larangan kemasukan barangan ke Palestin, beliau menjelaskan kerajaan Mesir tidak pernah menutup pintu masuknya ke Gaza sepanjang krisis Palestin-Israel tercetus, namun pintu masuk tersebut berhadapan dengan sekatan.

    “Sekatan itu disebabkan pada peringkat awal pintu di sebelah Gaza telah dibom Israel dan ia memerlukan masa untuk pembaikan,” katanya.

    ALSO READ:  TPM sahkan lepas bedah akibat penyakit prostat

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts