Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKumpulan Ahmadiyah nafi terlibat himpunan pro-LGBT, agama Ahmadi

    Kumpulan Ahmadiyah nafi terlibat himpunan pro-LGBT, agama Ahmadi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Kumpulan yang dikenali sebagai Jamaat Ahmadiyah Muslim Malaysia menafikan terlibat dalam himpunan demonstrasi pro-LGBT di Kuala Lumpur pada hujung bulan lalu, dan menegaskan bahawa mereka tidak ada kaitan dengan kumpulan Ahmadi Religion of Peace and Light.

    Dalam satu kenyataan hari ini, kumpulan tersebut merujuk kepada klip video di Youtube yang berjudul ‘Rupanya Group Pelangi Sogo tu Ahmadiyah’.

    “Pihak Jamaat Ahmadiyah Muslim Malaysia ingin menegaskan bahawa kami tidak terlibat dalam perhimpunan yang berlaku dan tidak ada kaitan dengan kumpulan Ahmadi Religion of Peace and Light,” kata mereka.

    Mereka juga menyatakan bahawa klip video Youtube tersebut sudah dipadamkan selepas mereka berhubung dengan pemilik akaun terbabit.

    Sebelum ini, video yang tular di media sosial memaparkan sekumpulan lelaki berkumpul di hadapan pusat beli-belah Sogo dengan membawa sepanduk berkaitan LGBT dan ajaran agama Ahmadi.

    Kumpulan tersebut memegang sepanduk yang bertulis “No one has the right to judge anyone but god” (Tiada sesiapa berhak menghakimi selain Tuhan) dan “Gay people are not criminals, Being gay is not a crime” (Orang homoseksual bukanlah penjenayah, menjadi homoseksual bukanlah satu jenayah).

    Selain itu, terdapat juga sepanduk yang diangkat bertulis Ahmadi Religion of Peace and Light semasa himpunan itu.

    Pada 31 Julai, polis telah menahan lapan individu untuk disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, dan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

    Untuk catatan, ajaran Ahmadiyah telah diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad pada tahun 1889 di India dan telah dinyatakan ‘sesat’ oleh pihak berkuasa agama negeri Selangor pada tahun 1998.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts