Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKutipan cukai ekonomi bayangan antara tumpuan parlimen

    Kutipan cukai ekonomi bayangan antara tumpuan parlimen

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Langkah kerajaan untuk mengutip cukai daripada ekonomi bayangan yang dianggarkan menyumbang sekitar 30 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) antara perkara yang dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

    Menurut aturan urusan mesyuarat di laman sesawang parlimen, pertanyaan itu dikemukakan Ahmad Amzad Hashim (PN-Kuala Terengganu) kepada Menteri Kewangan semasa sesi soal jawab.

    Selain itu, Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) meminta Menteri Kewangan menyatakan jumlah ringgit Malaysia dilabur oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) di dalam serta luar negara.

    Puah juga ingin tahu sama ada keseluruhan pelaburan berkenaan selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menguatkan pasaran ekuiti Malaysia.

    Sementara itu, Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) pula meminta Menteri Kesihatan menyatakan status pengoperasian, sasaran utama dan pencapaian terkini Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan sejak ia dilancarkan pada Okt tahun lepas.

    Usai sesi soal jawab, sidang Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) di peringkat jawatankuasa bagi kementerian berkaitan.

    Persidangan kali ini berlangsung selama 32 hari bermula 9 Okt lepas hingga 30 Nov ini.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts