Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLagi pemimpin Bersatu mahu Umno nilai semula kerjasama dengan PH

    Lagi pemimpin Bersatu mahu Umno nilai semula kerjasama dengan PH

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Saifuddin Abdullah, mengatakan bahawa usaha PN untuk ke Putrajaya adalah sebagai perwakilan dari kehendak rakyat.

    Beliau juga mendakwa bahawa ramai rakyat sentiasa bertanya bila pertukaran kerajaan akan berlaku.

    “Soal ke Putrajaya itu memang menjadi kehendak rakyat… dulu ketika berlaku pertukaran kerajaan, ia berlaku secara ‘senyap-senyap’ tetapi hari ini kita pergi ke mana-mana, rakyat bertanya ‘bila lagi? bila lagi?'”

    “Pada saya, keputusan pilihan raya kecil (PRK) Kemaman itu adalah salah satu suntikan yang penting dalam proses menuju ke Putrajaya,” katanya dalam sidang media di Kuantan, hari ini.

    Ahli parlimen Indera Mahkota berkata demikian ketika ditanya mengenai isi kandungan ucapan ahli parlimen Kemaman, Ahmad Samsuri Mokhtar selepas diumum memenangi kerusi berkenaan malam tadi.

    Menteri besar Terengganu itu dilaporkan berkata, kemenangan PAS dengan majoriti besar semalam merupakan ‘game changer’ kepada PN menuju ke Putrajaya.

    PAS berjaya mengekalkan kemenangan di kerusi parlimen Kemaman dengan majoriti lebih besar apabila Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden PAS menang.

    Semalam Ahmad Samsuri mengatasi pencabarnya dengan majoriti 37,220 undi berbanding 27,179 undi oleh pemenang sebelum ini, Che Alias Hamid.

    Mengulas lanjut mengenai situasi politik semasa Saifuddin berkata Umno perlu kembali ke perjuangan asal mereka.

    “Ini bukan isu rasis, rata-rata orang Melayu dan bumiputera risau apabila gabungan politik yang memerintah itu melibatkan sesuatu parti yang ‘berhaluan kiri’.

    “Ini mesej yang disampaikan pengundi di Kemaman dan sebelum ini di Kuala Terengganu, orang Melayu tidak mahu Umno bersekongkol dengan DAP.

    “Oleh yang demikian saya harap ahli Umno, pemimpin Umno berfikir dengan lebih mendalam… menilai semula kerjasama mereka dalam PH,” katanya lagi.

    ALSO READ:  23 ditahan terlibat kes tipu tawaran kerja dalam talian

    Dalam pada itu, Naib Presiden Umno yang juga Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail ketika ditemui di Semambu, dekat Kuantan pagi tadi memberitahu, Umno akur dengan keputusan dibuat rakyat Kemaman.

    “Kerajaan Negeri mengucap tahniah kepada PAS… rakyat dah buat keputusan dan kita akurlah,” katanya ringkas.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts