Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLagu Tamil Valthu: KPM ambil tindakan pada pegawai cuai

    Lagu Tamil Valthu: KPM ambil tindakan pada pegawai cuai

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PARLIMEN | Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengambil tindakan terhadap pegawai yang cuai kerana melarang lagu tradisi bahasa Tamil dinyanyikan semasa majlis perasmian Karnival Bahasa Tamil Peringkat Kebangsaan baru-baru ini.

    Sambil menyatakan rasa kesal, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, juga berkata dia memberi jaminan perkara itu tidak akan berulang lagi pada masa depan.

    “Ia tidak sepatutnya berlaku. Untuk makluman lagu Tamil Valthu akan dinyanyikan dalam majlis sambutan Deepavali pada 29 Nov di Pulau Pinang supaya dapat dihayati oleh semua warga pendidik di Pulau Pinang, tidak ada masalah.

    “Saya berikan jamiman kepada semua yang perkara ini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.

    “KPM telah mengambil tindakan tegas kepada pegawai yang telah didapati cuai dalam melaksanakan perkara-perkara yang berkaitan dengan sensitiviti,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

    Fadhlina berkata ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2024 di peringkat jawatankuasa bagi KPM.

    Pada 24 Nov lalu, MIC menggesa KPM menjalankan siasatan berhubung tindakan menghalang Kadavul Valthu dan Tamil Valthu dipersembahkan dalam karnival bahasa Tamil itu.

    Timbalan presidennya M Saravanan juga meminta Menteri pendidikan mengeluarkan arahan agar kedua-dua lagu itu dibenarkan untuk dinyanyikan di majlis-majlis Karnival Bahasa Tamil pada masa akan datang.

    Dia berkata larangan itu telah “mencacatkan” karnival tersebut yang diadakan sebuah hotel di Kepala Batas, Pulau Pinang.

    Nyanyian lagu Tamil Valthu semata-mata menggambarkan keindahan gaya bahasa Tamil yang memiliki nilai estetik.

    “Sehubungan ini, saya memohon kepada Yang Berhormat (Fadhlina) supaya mengizinkan nyanyian Tamil Valthu dinyanyikan di majlis-majlis Karnival Bahasa Tamil serta mengarahkan siasatan terhadap pegawai KPM yang bertindak melulu, ” katanya yang juga ahli parlimen Tapah dalam kenyataan.

    ALSO READ:  ‘Keep AADK under Home Ministry’

    Mengulas lanjut, Fadhlina berkata isu berkenaan cukup dekat dengan kerajaan Madani kerana ia tidak sepatutnya berlaku.

    Fadhlina berkata dia mewakili warga KPM memohon maaf kepada komuniti India khususnya yang tersinggung dengan keadaan itu serta kesilapan teknikal komunikasi dan apa sahaja tujuan yang berlaku dalam majlis tersebut.

    “Kita ambil tanggungjawab penuh jadi tidak timbul isu bahawa kita tidak sensitif dan sebagaimana.

    “Tidak ada langsung niat untuk kita meminggirkan mana-mana kaum,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts