Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLalat laskar hitam alternatif sumber makanan ternakan - Menteri

    Lalat laskar hitam alternatif sumber makanan ternakan – Menteri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penggunaan larva lalat askar hitam atau black soldier fly (BSF) sebagai sumber alternatif utama makanan ternakan mampu mengurangkan kebergantungan import negara terhadap bahan berkenaan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

    Beliau berkata satu penyelidikan berkaitan penggunaan larva tersebut bagi industri ternakan negara sedang dijalankan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Abeco Nature Science Sdn Bhd.

    “Ini kerana larva lalat tersebut mempunyai kandungan protein tinggi dan sesuai untuk dijadikan makanan ternakan bagi menggantikan bahan makanan ternakan yang kita import.

    “Penyelidikan ini berpotensi bagi merintis penyelesaian makanan ternakan bercirikan antimikrob dan tahap nutrisi tinggi bagi menyumbang kepada sektor makan dan akuakultur yang mampan,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) menandakan komitmen bersama FELDA dan Abeco Nature Science dalam penyelidikan itu yang dijangka siap dalam tempoh kurang daripada dua tahun.

    Menurutnya, alternatif itu juga merupakan antara usaha ke arah menjamin keselamatan dan kemampanan makanan negara, selain dapat membantu menstabilkan harga makanan serta menggalakkan sektor pertanian yang berdaya tahan.

    Chang berkata penyelidikan tersebut juga memberi sumbangan penting dalam kemajuan Bioteknologi Pertanian dan Jaminan Makanan, yang merupakan satu daripada tunjang utama dalam Dasar Bioteknologi Negara 2.0.

    Katanya, penggunaan larva lalat itu juga menawarkan cara semula jadi untuk mengurangkan pergantungan antibiotik terutamanya dalam industri perladangan ternakan.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts