Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLaman sesawang digodam, Perkeso jamin perkhidmatan tak terjejas

    Laman sesawang digodam, Perkeso jamin perkhidmatan tak terjejas

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memberi jaminan sistem, pangkalan maklumat dan laman sesawang agensi itu yang diserang penggodam sejak Sabtu lepas, tidak akan merencatkan khidmat kepada pencarum, majikan serta orang ramai.

    Perkeso dalam kenyataan hari ini memaklumkan segala pembayaran faedah, pampasan dan pencen ilat kepada pencarum serta waris terlibat akan tetap dilaksanakan mengikut tempoh yang diperuntukkan.

    Menurut Perkeso pelan pengurusan krisis juga telah diaktifkan pada hari serangan laman sesawang berkenaan dibuat.

    “Pada peringkat awal, modus operanandi serangan siber itu dikenal pasti bertujuan untuk melumpuhkan segenap infra Perkeso yang digunakan bagi pengoperasian seharian.

    “Bagaimanapun, kejayaan unit teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Perkeso mendapatkan semula kawalan sistem akhirnya menyebabkan penggodam menukar taktik dengan cuba melancarkan serangan ‘character assasination’ (pembunuhan watak) terhadap imej Perkeso,” menurut kenyataan itu.

    Mengenai kebocoran maklumat yang dipaparkan menerusi dark web atau web tertutup, kenyataan itu memaklumkan hasil penelitian awal Perkeso mendapati kesahihan data yang dicuri penggodam amat diragui, tidak lengkap dan luput.

    “Serangan siber terhadap Perkeso ini bukan kali pertama sebaliknya siri pencerobohan sudah berlaku dengan kali terakhir pada September lepas dan berjaya dibendung.

    “Tindakan penggodam yang tidak bertanggungjawab ini adalah serangan yang menyasarkan kepentingan negara. Justeru segala hasil forensik akan dikongsikan kepada pihak berkuasa demi mengelakkan episod sama berulang terhadap agensi lain,” menurut kenyataan itu.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts