Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLaman web TV Pertiwi pula tak dapat dilayari

    Laman web TV Pertiwi pula tak dapat dilayari

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Selepas akaun TikTok, laman web TV Pertiwi pula tidak dapat dilayari. Ketua pegawai operasinya Mohd Firdaus Salleh Hudin berkata sekatan itu dibuat oleh pihak kerajaan dan mereka menuntut penjelasan. Katanya, semakan menerusi hasil ping ke alamat tvpertiwi.com.my menunjukkan terdapat penyekatan DNS dengan data memaparkan IP Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), iaitu 175.139.142.25.

    Katanya, sehingga pukul 6.30 petang semalam, TV Pertiwi tidak diberi sebarang notis. ā€œSekatan terhadap laman web ini dikesan sekurang-kurangnya di dua penyedia perkhidmatan internet (ISP), Maxis dan Unifi. ā€œSekatan ini adalah sangat tidak wajar dan bercanggah dengan seruan kebebasan media dan kebebasan bersuara yang dilaungkan oleh pihak kerajaan terutamanya parti Pakatan Harapan ketika mereka menjadi pembangkang,ā€ katanya dalam kenyataan.

    Justeru, Mohd Firdaus menggesa kerajaan khususnya Kementerian Komunikasi dan Digital serta SKMM menjelaskan perkara itu selain menyatakan kesalahan telah dilakukan portal itu. ā€œTV Pertiwi selaku sebuah organisasi media bebas sewajarnya diberikan keadilan dan berhak menyiarkan kandungan termasuk mengkritik kerajaan dengan menggunakan hak kebebasan media dan hak kebebasan bersuara,ā€ katanya.

    Sementara itu, TV Pertiwi juga hari ini membuat laporan polis berkaitan sekatan itu ā€œbagi mendapatkan penjelasan atas sebab laman web tersebut disekatā€. laporan dibuat di Bandar Baru Bangi, tidak jauh dari pejabatnya.

    Semalam, Malaysiakini melaporkan seorang jurucakap TikTok berkata sekatan dibuat kerana akaun itu berulang kali melanggar garis panduan komuniti platform itu. Pelanggaran itu, katanya, melibatkan kandungan yang mengandungi maklumat salah yang berbahaya dan boleh menimbulkan kemudaratan. Tidak jelas siaran mana yang telah melanggar piawaian komuniti TikTok.

    TV Pertiwi dimiliki Kerengga Merah Sdn Bhd. Ia beroperasi daripada tempat yang sama dengan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma). Pengerusinya Norzila Baharin juga berkhidmat sebagai ketua Wanita NGO itu.

    ALSO READ:  Mat Sabu sindir sikap hipokrit AS bom Syria dan Iraq

    Berpangkalan di Bangi, media yang dilancarkan pada 2021 itu menyiarkan laporan dalam bentuk teks dan video dalam bahasa Malaysia. Sebelum ini, ketika mengulas ke UtusanTV, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Fahmi Fadzil memberi jaminan bahawa tiada laman web berita akan disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM).

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time šŸš€

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts