Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLangit mendung, hujan tak patahkan semangat Solidariti Palestin

    Langit mendung, hujan tak patahkan semangat Solidariti Palestin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Cuaca mendung dan hujan tidak mematahkan semangat peserta bantahan Solidariti Palestin yang memasuki hari kelima di hadapan Kedutaan AS di Jalan Tun Razak, di Kuala Lumpur.

    Salah seorang peserta yang mewakili badan bukan kerajaan (NGO) Sejagat, Syed Sheik, 34 dipetik Bernama berkata selain cuaca, dia turut terganggu dengan kekurangan tandas untuk kebersihan diri.

    “Kadang-kadang saya mahu berputus asa, tetapi saya mendapat sokongan dan dorongan masyarakat sekeliling yang tidak putus-putus memberi semangat kepada saya, malah ada yang membawakan saya makanan walaupun kami tidak mengenali antara satu sama lain.

    “Keadaan kita di sini tiada apa-apa jika dibandingkan dengan penderitaan saudara-saudara kita di Palestin,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Syed yang juga anggota Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) berkata acara kemuncak vigil itu akan berlangsung malam esok dengan pelbagai aktiviti termasuk persembahan kebudayaan Palestin, penjualan buku, syarahan dan deklamasi puisi.

    Seorang lagi peserta, M Mythreyar, 45 dipetik Bernama berkata, ini bukan kali pertama dia menyertai solidariti untuk Palestin.

    Mythreyar, dari Tanjung Malim, Perak berkata, ini didorong oleh rasa kemanusiaan, dan tidak mahu melihat rakyat Palestin terus ditindas.

    “Apa yang berlaku di Palestin bukanlah peperanangan, tetapi satu bentuk penghapusan etnik,” katanya.

    Piket itu adalah inisiatif rakyat Malaysia yang prihatin dengan peranang di Gaza, di mana lebih 20,000 rakyat Palestin telah dibunuh oleh tentera Israel dalam tempoh tiga bulan lalu.

    Menurut SSP, piket itu adalah simbolik kepada pengepungan di Gaza dan mereka juga menuntut dihentikan pembunuhan rakyat Palestin dan gencatan senjata segera.

    Perhimpunan itu melibatkan sejumlah 48 NGO yang terdiri daripada pertubuhan masyarakat, belia dan pelajar, serta pelbagai kumpulan politik.

    ALSO READ:  Gagal terjemah artikel ke BM: Saman fitnah terhadap Rewcastle dibatal
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts