Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLangkah Dubai cuma fatamorgana, kata Ahmad

    Langkah Dubai cuma fatamorgana, kata Ahmad

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang pemimpin Umno menganggap dakwaan berlaku gerakan terancang untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan sebagai “fatamorgana” dan seolah-olah mustahil berlaku.

    Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Ahmad Maslan berkata semua 30 ahli parlimen BN sudah menandatangani ikrar akan membayar RM100 juta jika mereka melompat parti.

    “Langkah Dubai? Ini hanya fatamorgana.

    “Untuk 30 MP (ahli parlimen) Umno/BN, kami sudah tandatangan (perjanjian) kena bayar RM100 juta seorang jika ingin melompat (parti),” ciapnya di X pagi ini.

    Semalam BH Online melaporkan wujud peranancangan pihak pembangkang – dan disertai segelintir pemimpin dari parti kerajaan – untuk sekali lagi menjatuhkan kerajaan di luar pilihan raya.

    Kali pertama langkah itu dibuat ialah pada Feb 2020 dan menyaksikan PH tumbang di sebalik mandat yang diterima mereka daripada rakyat melalui PRU ke-14.

    Memetik kenyataan pegawai kanan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), portal berita mendakwa peranancangan ‘Langkah Dubai’ itu dilakukan sewaktu pemimpin PN bercuti di Dubai baru-baru ini.

    Ada ‘pegawai’ tertentu dipertanggungjawab untuk mengenal pasti ahli parlimen yang berpotensi mengalih sokongan kepada pembangkang dengan sogokan.

    Selain pemimpin PN, didakwa ada juga tokoh politik veteran dan berpangkat Tun bersekongkol dengan cubaan tersebut.

    Ahmad berkata selain ahli parlimen BN tidak memiliki wang sebanyak RM100 juta, kedudukan kerajaan ketika ini adalah kukuh dengan sokongan besar ahli parlimen kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    “Siapa MP yang ada wang sebanyak itu? Jika 30 keluar pun, kerajaan masih kekal dengan 122 sokongan. (147+5-30),” ciap bekas Setiausaha Agung Umno itu lagi dengan merujuk kepada 147 ahli parlimen kerajaan serta lima ahli parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada kerajaan baru-baru ini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts