Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLangkah Dubai: Didedahkan kerajaan, dijawab kerajaan - Khairil Nizam

    Langkah Dubai: Didedahkan kerajaan, dijawab kerajaan – Khairil Nizam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khairil Nizam Khirudin, menyifatkan pendedahan mengenai ‘Langkah Dubai’ hanyalah propaganda yang sengaja dicetuskan kerajaan perpaduan.

    Hal itu kerana, katanya, dakwaan tersebut dimulakan oleh pihak kerajaan sendiri melalui Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) dan seterusnya dinafikan sendiri oleh wakil daripada kerajaan.

    “Jadi, rakyat boleh menilai sendiri sama ada agenda yang diwujudkan itu benar atau salah, sebab ia dikeluarkan oleh kerajaan dan dijawab kembali oleh kerajaan juga,” katanya ketika ditemui media di Kuantan semalam.

    Pada 30 Disember lalu, Timbalan Ketua Pengarah J-Kom, Ismail Yusop, mendakwa ‘Langkah Dubai’ bermula ketika pemimpin PN serta ahli parlimen kerajaan mengadakan pertemuan semasa bercuti di ibu kota Emiriah Arab Bersatu itu.

    Dia mendakwa, pertemuan itu berlangsung untuk berunding selain menetapkan tugasan tertentu kepada ahli parlimen kerajaan untuk mengenal pasti wakil rakyat berpotensi mengalih sokongan kepada pembangkang.

    Selain pemimpin PN, Ismail juga mendakwa terdapat pembabitan tokoh politik veteran berpengaruh berpangkat Tun yang bersekongkol dengan pembangkang serta dikatakan menggunakan ‘sumber asing’ untuk menggulingkan kerajaan diterajui Anwar Ibrahim.

    Perkara itu kemudiannya disahkan oleh Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, yang mengakui dia menyedari rancangan sulit melalui maklumat disalurkan oleh bahagian risikan.

    Ahmad Zahid bagaimanapun menyifatkan usaha itu hanya membuang masa.

    Khairil Nizam yang juga ahli parlimen Jerantut menjelaskan pertukaran dan perubahan kerajaan boleh dilakukan berlandaskan perlembagaan persekutuan.

    “Sama ada dibuat di Kuantan ataupun Langkah Tanjung Lumpur, Jerantut, Temerloh, di mana-mana sahaja boleh dibuat… mesti dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.

    “Boleh (rujuk) berasaskan kepada kenyataan Anwar dahulu semasa dia menjadi ‘perdana Menteri menunggu’ sehingga (hampir) menjadi PM sikit lagi pada tahun 2022, setiap kali itu beliau kata ada numbers.

    ALSO READ:  Akmal tempelak k'jaan Kedah lewat naik taraf LRA Bukit Selambau

    “Jadi kenapa pada waktu itu tidak dikatakan dia penderhaka? Sebab asasnya ialah ia selari dengan pendekatan perlembagaan,” jelasnya.

    Bekas ketua penerangan PAS Pusat itu juga memaklumkan, kerajaan boleh diubah dengan syarat perdana Menteri sedia ada tidak lagi mendapat sokongan majoriti daripada ahli parlimen.

    Untuk mendapatkan sokongan daripada ahli parlimen pula, katanya, ia tidak perlu kepada penukaran parti.

    “Apa yang berlaku kepada ahli parlimen PN, lima orang yang menyokong secara terbuka kepada Anwar, mereka tidak dikenakan akta antilompat parti, tidak diperlukan untuk kosongkan kerusi.

    “Jadi kalaulah berlaku sebarang pertemuan dan sebagainya… still the rumors dan tiada masalah,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts