Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLangkah Dubai: PAS dan PN tak perlu budaya 'shopping' MP, kata Hadi

    Langkah Dubai: PAS dan PN tak perlu budaya ‘shopping’ MP, kata Hadi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata parti itu dan PN tidak mengamalkan budaya membeli ahli parlimen untuk menukar kerajaan, susulan dakwaan wujudnya ‘Langkah Dubai’ yang dikaitkan dengan gabungan itu.

    Abdul Hadi berkata, PAS pada masa sama tetap bersedia dan berusaha menunggu perubahan kerajaan melalui proses demokrasi dan Raja Berperlembagaan.

    “PAS dan rakan-rakan dalam PN memilih pendekatan mempertahankan kepercayaan rakyat secara langsung dan tidak langsung.

    “…(Kami) tidak perlu kepada budaya ‘shopping’ ahli parlimen dengan menggunakan duit yang banyak dan janji-janji, tetapi berpijak di bumi yang nyata mengamalkan politik demokrasi yang sebenar,” katanya dalam ruangan Minda Presiden yang disiarkan di Facebook, hari ini.

    “PAS terus bersabar sejak ditubuhkan pada 1951 dengan hanya satu kerusi, diikuti pasang surut politik kerana gelombangnya dan terus beristiqamah dalam semua keadaan,” katanya lagi.

    ‘Langkah Dubai’ mula diperkatakan selepas dibangkitkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Ismail Yusop minggu lalu, yang didakwanya melibatkan pemimpin PN serta pihak dalam kerajaan di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu.

    Dia mendakwa satu pertemuan diadakan di sana untuk memberikan tugas khusus kepada ‘pegawai’ yang bertanggungjawab bagi mengenal pasti ahli-ahli parlimen yang berpotensi mengalih sokongan mereka kepada pembangkang dengan menerima sogokan.

    PN dan beberapa ahli parlimen BN yang didakwa dekat dengan pembangkang juga menafikan mereka terlibat dalam gerakan tersebut.

    Namun Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata ia memang wujud, dengan menyatakan dia menerima laporan perisikan berkenaannya.

    Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang menyatakan persetujuannya dengan pandangan wartawan veteran Abdul Kadir Jasin, bahawa gerakan itu mestinya datang daripada pihak yang memiliki wang.

    ALSO READ:  PM Ucap takziah kepada keluarga 'Aunty Bersih'

    Menurutnya lagi, pada masa ini kerajaanlah pihak “yang menguasai wang” dan mampu mempengaruhi golongan “yang mencari segala projek”.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts