Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLANGSUNG | Pengundi di 6 negeri buat pilihan hari ini

    LANGSUNG | Pengundi di 6 negeri buat pilihan hari ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    8.15 pagi – Panchor, Pengkalan Chepa – Seorang pemuda kurang upaya (OKU) Zikrillah Zairul Akmar, 20, antara pengundi paling awal di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Panji di Kota Bharu.
    Pemuda itu yang mengalami kecacatan bahagian lutut itu tetap bersemangat untuk mengundi selepas kali pertama berbuat demikian pada PRU15 yang lepas.
    Dia ditemani ibunya Anne Suhaida Abdul Rashid, 50.
    [img]https://i.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/08/0773f18e750489311cb9881971dd310e.jpg[/img]

    8:15 pagi: Hulu Kelang, Selangor – Selebriti Azwan Ali dilihat menunggu di luar pusat mengundi SK Klang Gate, di mana abangnya Azmin Ali akan membuang undi.
    Hubungan dua beradik ini sering bergolak, dan Azwan pernah bertanding melawan Azmin di DUN Bukit Antarabangsa pada 2018.
    Dalam PRN ini, Azmin bertanding di DUN Hulu Kelang yang dilihat lebih selamat untuknya, selepas tewas di Parlimen Gombak pada PRU lalu.
    [img]https://i.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/08/23608ed69456c43af67aae266a52bbe1.jpg[/img]

    8 pagi: Para pengundi PRN di enam negeri serta PRK Kuala Terengganu akan membuang undi bermula jam lapan pagi hingga enam petang ini.
    PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Penang, Kedah, Terengganu dan Kelantan ini adalah ujian litmus pertama Anwar Ibrahim sejak menjadi perdana menteri lapan bulan lalu.
    Pesaingnya dari PN menyifatkan PRN ini sebagai referendum terhadap kepimpinannya dan kerajaan gabungan PH-BN, dengan Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa keputusannya boleh membawa perubahan di peringkat pusat.
    PN mengharapkan “Gelombang Hijau” kekal berterusan. Pada PRU lalu, dengan majoriti sokongan daripada pengundi Melayu-Islam, ia telah membawa kemenangan di 73 kerusi Parlimen dan memaksa PH dan BN membentuk gabungan.
    Ikuti laporan langsung dari pasukan Malaysiakini yang membawa kepada anda perkembangan terkini sepanjang hari ini.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts