Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Lantikan ahli PBT S'gor belum selesai, MB-Umno belum sepakat '

    ‘Lantikan ahli PBT S’gor belum selesai, MB-Umno belum sepakat ‘

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerajaan Negeri Selangor masih tidak dapat menyelesaikan pelantikan ahli majlis membabitkan 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi sesi 2024-2025.

    Menurut sumber dalaman kerajaan Negeri, keengganan Umno menerima tawaran Menteri Besar Amirudin Shari (gambar atas) merumitkan pelantikan 272 ahli majlis baru.

    “Semua parti PH (Pakatan Harapan) telah hantar nama untuk lantikan ahli majlis pada akhir Disember tahun lepas.

    “Tapi, selepas 15 hari belum ada tanda-tanda ahli majlis di PBT Selangor akan dilantik.

    “Menteri Besar Selangor belum dapat buat keputusan kerana kedegilan Umno untuk minta kerusi lebih daripada 20 kerusi yang ditawarkan. Umno enggan kompromi kerusi,” kata sumber itu kepada Malaysiakini.

    Katanya, tiada kata putus pada pertemuan akhir antara Amirudin dan pihak Umno di Shah Alam pada 9 Jan.

    “Tidak adil bagi Umno untuk meminta lebih banyak kerusi sedangkan mereka adalah ‘kawan baru’ dalam kerajaan Negeri.

    “Umno perlu menunjukkan kekuatan dan membuktikan sokongan rakyat kembali kepada parti itu sebelum meminta lebih banyak kerusi.

    “Menteri besar telah pun memberi tawaran yang terbaik kepada Umno walaupun parti itu tidak mempunyai sokongan kuat di Selangor,” kata sumber itu lagi.

    Megat Zulkarnain Omardin

    Percubaan Malaysiakini menghubungi pejabat Menteri besar dan Pengerusi Umno Selangor Megat Zulkarnain Omardin untuk mendapatkan komen tidak berjaya.

    PH dan Umno buat pertama kali bekerjasama bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam Negeri pada Ogos tahun lepas.

    Di Selangor, PH memenangi 32 kerusi DUN sekaligus mengekalkan kerajaan Negeri bagi penggal keempat berturut-turut mengatasi gabungan PN yang merampas 22 kerusi DUN.

    Umno bertanding di bawah BN hanya memenangi dua kerusi DUN sahaja. Adun Umno Rizam Ismail (Sungai Air Tawar) dilantik sebagai exco kerajaan Negeri Selangor.

    ALSO READ:  PM sasarkan Radzi secara sistematik - peguam Bersatu
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts