Sebuah bangunan pejabat di London yang dikaitkan dengan keluarga bekas Menteri kewangan Daim Zainuddin, ditarik balik daripada jualan, menurut laporan Bloomberg semalam.
Laporan itu berkata ia berdasarkan dokumen yang dilihat Bloomberg.
Bangunan tersebut, yang terletak di 1 Crown Court dn Cheapside, kira-kira 400 meter dari Gereja St Paul, ditawarkan untuk dijual pada harga £28.6 juta (RM171.41 juta) pada tahun lalu.
Sumber yang tahu berkenaan perkara itu berkata, perbincangan untuk pembelian tersebut terhenti selepas persetujuan awal dicapai dengan seorang pelabur awal thaun ini.
Menurut laporan itu, rekod Pendaftaran Tanah United KIngdom (UK) menunjukkan bangunan itu adalah milik Straits Properties Ltd, sebuah syarikat yang didaftar di British Virgin Islands.
Bagaimana Daim, orang kaya Malaysia guna Singapura simpan duit di luar negara
SPRM siasat satu lagi amanah berkait Daim bernilai ratusan juta
Menurut laporan International Consortium of Investigative Journalists pada Januari lalu, syarikat itu dimiliki oleh pemegang amanah dengan isteri Daim sebagai pemilik benifisiari.
Wakil keluarga Daim enggan mengulas perkara itu.
Menurut Bloomberg, Straits Properties membeli bangunan pejabat itu pada 2014 dengan harga £31.5 juta.
Pada 29 Januari lepas, Daim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi notis SPRM dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk 38 firma, 25 hartanah dan tanah, tujuh kenderaan mewah dan dua akaun dana pelaburan.
Isterinya, Na’imah Abdul Khalid juga didakwa atas pertuduhan gagal mematuhi notis SPRM untuk mengisytiharkan aset miliknya.
[Baca berita asal]